Bandar Baru Pacu Pembangunan Sebuyau
Beberapa kawasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sebuyau bakal menikmati lebih banyak projek pembangunan termasuk Bandar Baru Sebuyau.
Memetik laporan The Borneo Post, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sebuyau Datuk Julaihi Narawi berkata kerajaan sentiasa berusaha memberi segala kemudahan kepada rakyat dengan peruntukkan yang sedia ada.
"Dengan peruntukan yang diberikan kepada saya, ia akan dilaksanakan untuk memberi manfaat kepada rakyat," katanya
Julaihi menambah antara projek yang telah siap di kawasannya adalah padang futsal, jambatan, penurapan jalan raya dan masjid.
Beliau yang juga merangkap Menteri Muda Jalan Pesisir berkata, kerajaan meneruskan agenda untuk membangunkan kawasan luar bandar dan pesisir pantai.
"Rangkaian jalan pesisir termasuk pembinaan jambatan di Batang Lupar, Batang Saribas dan Muara Lassa yang telah diluluskan untuk pembinaan,"
Beliau berharap penduduk di kawasan pesisir akan mendapat manfaat daripada perubahan yang dilakukan oleh projek-projek berkenaan. - Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2tTx40e
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment