Tunai Haji Dengan Hasil Jual Sayur
KELANA JAYA: Walaupun pendapatan yang diterima hasil daripada kerja kampung dan menjual tanaman seperti sayur dan buah hanya cukup makan, namun ia bukan penghalang untuk mereka merealisasikan impian menunaikan haji.
Malah, hasil tabungan Mohamad Daud Mohamad Nor, 76, dan pasangannya, Che Mah Md Nor, 70, yang berasal dari Gemencheh, Negeri Sembilan selama 20 tahun itu mencukupi untuk membawa mereka ke tanah suci tanpa perlu meminjam daripada individu lain.
Mohamad Daud berkata, dia sebelum ini berazam untuk membuktikan bahawa kerja kampung boleh membawanya bersama isteri ke tanah suci apabila simpanannya sudah mencukupi.
“Walaupun simpanan itu mengambil masa kira-kira 20 tahun sebelum dapat menunaikan haji namun ia berbaloi kerana hasilnya adalah daripada kudrat sendiri tanpa bantuan individu lain.
“Saya bukannya tidak mahu mengharapkan bantuan daripada anak namun biarlah bersusah dahulu demi menunaikan haji,” katanya ketika ditemui di Kompleks Tabung Haji, di sini, semalam.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhMNK5
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment