Hi! Welcome Back and Stay Tune! BANYAK ORANG CEMBURU DENGAN SELANGOR, KATA AZMIN - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BANYAK ORANG CEMBURU DENGAN SELANGOR, KATA AZMIN

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali berkata “gangguan dan intimidasi” terhadap Universiti Selangor (Unisel) dan Pemerbadanan Menteri Besar (MBI) disebabkan cemburu terhadap pencapaian kerajaan negeri.

“Disebabkan semua kejayaan ini, banyak orang cemburu dan cuba mengganggu dan menakut-nakutkan saya dan kerajaan negeri,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.

Antara kejayaan Selangor katanya, termasuk perpaduan dalam Pakatan Harapan dan antara parti dalam pentadbiran kerajaan negeri sejak diberikan mandat pada Pilihan Raya Umum ke-13.

“Banyak orang turut cemburu dengan kejayaan Selangor dalam mengendalikan ekonomi dan kewangan dengan cara yang betul, telus dan penuh integriti,” katanya.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa lalu menyerbu Unisel dan empat lokasi lain termasuk MBI dan Jana Niaga Sdn Bhd.

Tindakan SPRM dipercayai berdasarkan laporan yang dibuat terhadap Azmin dan MBI atas pertikaian antara Unisel dan Jana Niaga.

Jana Niaga didakwa menerima pampasan walaupun gagal memenuhi kontraknya dengan Unisel.

MBI bagaimanapun mendakwa pembayaran kepada Jana Niaga dibuat selepas timbang tara mahkamah.

MBI turut mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menuduh agensi itu melakukan rasuah.

Azmin hari ini juga berkata mereka akan bekerjasama dengan SPRM bagi membantu siasatan.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2weskEp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.