Bapa, Datuk & 2 Bapa Saudara Didakwa Rogol 2 Beradik Perempuan, Mangsa Dakwa Dirogol Sejak Berumur 13 Tahun
Bapa, Datuk & 2 Bapa Saudara Didakwa Rogol 2 Beradik Perempuan, Mangsa Dakwa Dirogol Sejak Berumur 13 Tahun
Seorang bapa, datuk dan dua bapa saudara kepada dua beradik perempuan ditahan polis di Kampung Daha Seroban, Serian hari ini selepas didakwa merogol dua beradik yang berusia 19 dan 14 tahun itu.
Kesemua suspek yang berusia antara 26 hingga 57 tahun itu ditahan selepas polis menerima laporan dari Hospital Serian berhubung kejadian.
Harian Metro melaporkan, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata mangsa yang berusia 19 tahun itu dirujuk ke hospital terbabit kerana mengandung sebelum mangsa mendedahkan perkara itu kepada hospital.
Menurutnya, mangsa mendakwa dia dirogol oleh bapa kandungnya, dua bapa saudara dan datuknya sejak berusia 13 tahun.
“Mangsa turut mendakwa adiknya berusia 14 tahun dirogol sejak berusia sembilan tahun,” katanya.
Katanya, kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban sehingga mangsa mengandung.
“Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Serian esok untuk perintah reman,” katanya
Sumber: Harian Metro
Via: SK
Sumber Bapa, Datuk & 2 Bapa Saudara Didakwa Rogol 2 Beradik Perempuan, Mangsa Dakwa Dirogol Sejak Berumur 13 Tahun
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uyLhjC
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment