Hi! Welcome Back and Stay Tune! Bayi Lelaki Ditemui Dalam Beg Plastik Di Kawasan Semak Dengan Uri Yang Telah Membusuk.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Bayi Lelaki Ditemui Dalam Beg Plastik Di Kawasan Semak Dengan Uri Yang Telah Membusuk..



PAHANG- Bayi lelaki masih hidup ditemui dalam semak berhampiran kuarters Pejabat Hutan Muadzam Shah, Rompin lapor Harian Metro.

Bayi 2.6 kilogram yang masih bertali pusat itu ditemui peniaga ketika dalam perjalanan pulang ke rumahnya, pada 11.40 malam tadi.


Ketua Polis Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Noor, berkata peniaga itu dimaklumkan lelaki warga Pakistan bahawa terdapat bayi di dalam plastik dalam semak ketika melalui kawasan itu.

“Sebaik menghampiri beg plastik itu, peniaga melihat bayi lelaki yang tanpa sebarang pakaian itu bergerak namun tidak menangis.

"Peniaga itu kemudiannya mengangkat bayi berkenaan dan terdapat uri yang membusuk di dalam plastik itu,” katanya.

Katanya, peniaga itu terus menghubungi Hospital Muadzam Shah (HMS) untuk memaklumkan kejadian itu sebelum pegawai perubatan tiba untuk memeriksa keadaan bayi malang itu.


Bayi cukup sifat itu dipercayai dilahirkan kurang daripada 24 jam sebelum ditemui.

"Tiada kecederaan serius pada bayi itu sebaliknya hanya bintik merah pada jarinya berkemungkinan digigit serangga.

"Hasil pemeriksaan doktor juga mendapati bayi itu dilahirkan cukup bulan dan berada dalam keadaan sihat," katanya.


Beliau berkata, bayi itu kini ditempatkan di HMS untuk pemantauan dan pihaknya sudah memaklumkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat berhubung perkara itu.

Katanya, siasatan lanjut masih dilakukan mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana membuang bayi.




✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xCNoUP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.