Sejak Bertuankan DAP, Mahathir Tidak Percaya Lagi Ketuanan Melayu
“Saya tidak percaya pada Ketuanan Melayu” ini yang diucapkan oleh Mahathir dalam forum yang bertajuk "Pelaburan China: Adakah ia terlalu banyak?" yang dianjurkan oleh Institut Rakyat di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) malam tadi.
Video ucapan Mahathir ini boleh dilihat di pautan berikut :
http://ift.tt/2vutVUW
Mahathir telah jilat balik kata kata lamanya. Hadir ke dewan yang mana Suqui diasaskan dengan 17 tuntutan pada tahun 1999. Mahathir dalam Utusan Malaysia, 19 Ogos 2000 menyatakan bahawa dia tidak akan berganjak 'walau satu langkah pun' dalam mempertahankan hak-hak keistimewaan orang Melayu di negara ini.
Semalam, Mahathir akhirnya tunduk. Bukan sahaja tunduk, Mahathir turut memperlekeh pula Ketuanan Melayu dalam Dewan Perhimpunan Cina itu.
Kemudian menggunakan apa yang Mahathir cakap, Malaysiakini mulalah mengarang artikel yang memperlekeh dan memperbodohkan Melayu bertajuk “Ketuanan Melayu’ makes us look like fools internationally” yang disiar dalam edisi Bahasa Inggeris pada 25 Ogos 2017. Kononnya kejadian memalukan seorang budak Malaysia di Jepun dan beberapa kes dalam Sukan Sea memperlihatkan Melayu sebagai bodoh.
Ini artikel yang biadap dan provokasi daripada Malaysiakini. Kenapa Malaysiakini buat begini? Kerana Mahathir sudah memberi lesen menyerang Melayu dalam ucapan semalam di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH).
Memang betullah apa yang Mahathir cakap itu benar benar terjadi sekarang ini dalam pakatan pembangkang. Mahathir sebenarnya bukannya tuan dalam Pakatan Harapan. Yang menjadi tuan sekarang ini dalam Pakatan Harapan adalah DAP.
Ini contoh yang Mahathir perlu ambil dan cerita kepada Ibrahim Ali. Yang menjadi pemandu kereta adalah Mahathir sekarang ini, yang sedang goyang kaki duduk di belakang dan bergelak ketawa sebagai “boss” melihat Mahathir adalah Kit Siang dan anaknya.
Mahathirlah yang diminta ke hadapan untuk mengecam orang Melayu, memperlekehkan orang Melayu dan menentang pemimpin Melayu. Malah Mahathir diminta untuk kecam dan kutuk parti orang Melayu yang pernah menjadikannya sebagai PM selama 22 tahun. Sampai begitu sekali.
Dalam organisasi Pakatan Harapan pun nama Melayu yang ada di depan. Namun yang menjadi ketua sebenar tidak ada nama dalam organisasi tersebut.
“Kerana Malaysia sudah jadi “negara ayam”… Kita selamatkan Mahathir, dan gunakan Mahathir sebagai alat untuk menjatuhkan Najib, tunggang kuda Mahathir untuk jatuhkan Najib,” kata Hew Kuan Yau, Superman DAP.
Benarlah apa Superman DAP cakap ini. Memang berlaku sekarang ini pun, Mahathir sudah kena “screw” dengan DAP.
Bukan sahaja Mahathir yang sudah kena “screw”, Hasmah isterinya juga sudah kena “screw” dengan Ambiga, tokoh pejuang LGBT di Malaysia. Entah toksik apa yang Marina bawa dari Ambiga untuk emaknya. Siti Hasmah pun hendak berdemo di depan Sogo pada 10 September 2017.
Asyik asyik hendak demo depan Sogo? Kenapa Sogo? Sengaja hendak ganggu makcik makcik yang datang jauh jauh hendak “shopping”. Siti Hasmah dan Ambiga tidak beli baju kat Sogo. Mereka beli baju di “shopping mall” lain. Ini bukti Mahathir sekeluarga sudah terlalu “desperate” mahu anaknya berkuasa.
Sanggup buat apa sahaja untuk tujuan itu. Jangan ada baling kerusi sudahlah di depan Sogo nanti. Kalau apa apa berlaku, jangan pula hendak menuduh UMNO.
Mereka yang pilih tempat, mereka yang tunjuk perasaan tetapi UMNO juga yang dituduh salah. Pemikiran rakyat masih lagi normal dan tidak penuh dengan toksik. Rakyat boleh menilai dengan matang.
Melayu baling kerusi sama Melayu, DAP keluar awal lagi dari dewan penuh dengan balingan kerusi tersebut. Mamat tocang ikat rambut yang mula baling kerusi sudah lari entah ke mana. Kit Siang dan Guan Eng awal awal lagi angkat kaki beberapa minit sebelum balingan kerusi bermula.
Mahathir pada Konvensyen DAP di IDCC Shah Alam pada 4 Disember 2016 telah memaafkan semua dosa dosa lama DAP. Siap puji DAP sebagai parti yang lebih “Malaysian”. DAP tidak pernah pun maafkan Mahathir.
Semalam, Mahathir pijak dewan yang dulunya Mahathir pernah gelar mereka yang berada dalam dewan itu sebagai rasis kerana Suqui.
Mahathir “The Kutties” sudah cakap tidak percaya pada Ketuanan Melayu. Ya lah, dia “kutty” mana percaya lagi pada Melayu. Namun orang Melayu harus bangkit bersama sama untuk pertahankan negara ini daripada dirosakkan oleh “The Kutties”.
Rizab Bank Negara semalam hilang RM9.3 billion pada zamannya dan kerugian disebabkan oleh Skandal Forex juga disahkan bernilai RM31.5 billion pada zaman Mahathir. Selamatkan Malaysia daripada “The Kutties”.
Tulisan :
Beruang Biru
BB553, Jumaat
25 Ogos 2017
✍ Sumber Pautan : ☕ KAKI PALU
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vciEx9
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment