Exco Pulau Pinang Direman Lima Hari Siasat Kes Kilang Haram
PULAU PINANG - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh direman lima hari di Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi membantu siasatan serbuan terhadap sebuah kilang haram di Kampung Sungai Lembu, Penanti.
Perintah berkenaan dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Ameera Mastura Khamis kira - kira pukul 12.25 tengah hari tadi.
Bagaimanapun, Ramkarpal Singh yang mewakili Boon Poh memohon perintah reman berkenaan ditangguhkan dan meminta supaya ia dikeluarkan oleh Majistret pada petang ini.
Terdahulu, Boon Poh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu tiba dengan dengan kereta pacuan empat roda Toyota Prado pada pukul 10.10 pagi dengan memakai baju lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga dan disambut lebih 30 orang penyokongnya.
Turut direman ialah dua beranak iaitu seorang lelaki berusia 70 tahun yang merupakan pemilik kilang berkenaan serta anaknya berusia 37 tahun.
Semalam, Boon Poh ditahan kira - kira pukul 2.45 petang ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM negeri di Jalan Sultan Ahmad Shah. - UTUSAN ONLINE
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uOQP99
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment