Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

SEOUL – Bilionair yang juga ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun semalam kerana rasuah selepas perbicaraan selama enam bulan yang turut menyaksikan Pre­siden Korea Selatan sebelum ini, Park Geun-hye tumbang.

 

Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

 

 

Lee membayar rasuah bagi mendapatkan ganjaran daripada Geun-hye, demikian menurut keputusan sebuah mahkamah di Seoul yang turut mendapati dia bersalah kerana menyembunyikan aset di luar negara, melesapkan wang dan ber­bohong.

Lee, 49, yang merupakan antara pewaris empayar korporat terbesar di dunia itu ditahan sejak Februari lalu atas dakwaan memberikan rasuah kepada Geun-hye untuk menguasai konglomerat yang memiliki syarikat Samsung Electronics.

Selain menjadi pengeluar telefon pintar dan cip utama dunia, Samsung Electronics memiliki kepentingan dalam pelbagai perniagaan termasuk ubat, perkakasan rumah, insurans dan hotel.

Lee menafikan bersalah, manakala peguamnya, Song Wu-cheol berkata, anak guamnya akan merayu kepada mahkamah lebih tinggi.

“Keputusan ini tidak dapat diterima,” kata Wu-cheol.

Hukuman penjara lima tahun itu merupakan antara yang terpanjang dikenakan terhadap seorang pemimpin perniagaan Korea Selatan.

– Reuters

Sumber: Kosmo



Sumber Ketua konglomerat Samsung Group, Jay Y. Lee dipenjara lima tahun kerana rasuah

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wdUkYT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.