Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kita jer dok kecoh, parti penjaga Melayu dan Agama bersorak sorai! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kita jer dok kecoh, parti penjaga Melayu dan Agama bersorak sorai!

'Jangan jadikan Malaysia satelit China'
12 Ogos 2017 | MALAYSIA DATELINE
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diingatkan agar tidak terburu-buru ingin menjadikan Malaysia sebagai satelit China yang baharu dengan menerima tawaran untuk membina Pusat Tindak Balas Perisikan Wilayah yang dilengkapi radar pengawasan dan sistem peluru berpandu.

Timbalan Presiden AMANAH Salahuddin Ayub berkata, penempatan radar dan sistem peluru berpandu itu dikhuatiri akan mengheret negara ke kancah konflik kuasa besar dunia.

"Tawaran itu adalah momentum negara tembok besar itu dalam memperkukuhkan pencerobohannya di Laut China Selatan.

"Pertemuan November ini bersama Presiden China berhubung tawaran China perlu diperhalusi sedalam-dalamnya agar nanti Malaysia tidak akan terheret sama dalam kancah perebutan kuasa besar dunia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Memetik sumber pegawai kanan kerajaan Malaysia, The Straits Times Singapura melaporkan, cadangan penempatan radar dan sistem peluru berpandu itu disentuh secara ringkas ketika perbincangan antara Najib dan Kaunselor Negara China, Wang Yong, selepas majlis pecah tanah pembinaan rojek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) Khamis lalu.

Straits Times berkata, sumber itu memberitahu bahawa perbincangan mengenainya masih berjalan dan keputusan muktamad akan diketahui selepas Najib bertemu Presiden China, Xi Jinping, yang dijangka melakukan lawatan rasmi ke Malaysia, November ini.

Kerajaan komunis China dilaporkan menawarkan sehingga 12 unit sistem pelancar roket pelbagai guna (MLRS) jenis AR3 kepada Malaysia.

Laporan Asia Maritime Transparency Initiative (AMTI) menyatakan bahawa China hampir menyiapkan lebih 20 struktur bangunan di tujuh pulau buatan di lokasi yang menjadi perebutan di sekitar Laut China Selatan.

Pulau buatan ini turut dilengkapi sistem pertahanan termasuk senjata anti pesawat, anti peluru berpandu dan pelancar misil jarak jauh.

Salahuddin yang juga Naib Presiden Pakatan Harapan (PH) turut menegaskan, Negara-negara ASEAN perlu terus kekal neutral.

"Sungguhpun Singapura dan Filipina merupakan rakan karib AS tetapi yang paling penting ialah tiada mana-mana negara ASEAN yang membuka wilayahnya untuk pengkalan pertahanan kuasa luar," katanya.

Beliau juga berkata, sekarang ini sudah banyak aset negara yang telah tergadai kepada China dan dikhuatiri pentadbiran negara akan mengikut telunjuk China.

"Lihat sahaja pengalaman negara-negara Afrika yang menerima pelaburan gergasi dan pinjaman China yang akhirnya merana terpaksa akur kepada negara pemodal gergasi dunia ini.

"Masih sempat untuk Najib bertindak demi kepentingan rakyat dan negara," katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxkSH7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.