Lelaki maut selepas kepala digilis tayar lori 10 tan
BINTULU – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah lori muatan 10 tan di Jalan Nyabau-Bintulu-Miri di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.20 petang itu, mangsa, Sim Kui Choor, 57, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada bahagian kepala.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal mangsa bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.
“Akibat pertembungan itu, mangsa terperosok di bawah lori sebelum kepalanya digilis tayar kenderaan berat berkenaan,” katanya ketika dihubungi sebentar tadi.
Ling Hii menambah, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut. – K! ONLINE
Sumber: Kosmo
Sumber Lelaki maut selepas kepala digilis tayar lori 10 tan
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xBz6DX
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment