Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Mana Duit Aku… Pulangkan!” – Erwin Dawson - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Mana Duit Aku… Pulangkan!” – Erwin Dawson

PELAKON Erwin Dawson memberitahu bahawa sehingga kini dia masih belum menerima wang sebanyak RM2,000 yang dipinjamkan kepada seorang pelakon baharu pada awal bulan Mei lalu.

Erwin Dawson atau nama sebenar Mohamed Erwin Shah Evan Dawson, 28, berkata selepas laporan polis dibuat pada 25 Julai lalu lelaki tersebut masih tidak mahu melangsaikan hutangnya dan hanya berdiam diri sahaja.

“Sampai ke hari ini saya masih belum menerima sebarang duit daripada dia. Sudah hampir dua bulan ada saja alasan yang diberikan untuk mengelak daripada membayar hutang.

“Dia langsung tidak ada rasa serba salah sedangkan dia tahu saya memerlukan duit ketika ini. Saya ada menghubungi dia awal bulan Julai lalu tapi dia beri alasan cek bayaran gajinya belum diproses oleh pihak bank.

“Selepas itu, terus dia mendiamkan diri sehinggalah sekarang,” kata Erwin kepada mStar Online pada Isnin.

Bagaimanapun, pelakon yang berasal dari Singapura ini, dia tidak mahu meletakkan masa untuk individu tersebut membayar semula wang yang dipinjam.

“Sudah tentu saya mahu dia bayar balik duit yang dipinjam. Tapi saya tak nak beri masa bila dia perlu langsaikan hutang dia pada saya.

“Kalau dia bayar dekat saya seorang, kesian pula yang dah bertahun-tahun tunggu duit mereka.

“Apa yang penting sekarang ini dia perlu selesaikan kesemua hutang-hutangnya dengan segera,” ujarnya.

Sebelum ini Erwin telah membuat satu laporan polis mengenai dirinya telah ditipu oleh rakan sendiri.

Lelaki yang pernah berlakon dalam drama Gerak Khas itu telah meminjam duit dan berjanji ingin membayar semula pada 15 Mei lalu.

Selain Erwin, ada beberapa orang telah menjadi mangsa penipuan lelaki tersebut yang dilaporkan gemar meminjam duit tanpa memulangkan semula.

Sumber: MStar

Loading...


✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w0ZQhg

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.