Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekabentuk Reddit Akan Dikemaskini Untuk Kelihatan Seperti Facebook Dan Twitter - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekabentuk Reddit Akan Dikemaskini Untuk Kelihatan Seperti Facebook Dan Twitter

Reddit ialah laman bagi mereka yang mahukan berita terkini dan menarik sebelum ianya menjadi arus perdana di laman-laman lain. “Redditors” terdiri dari pelbagai latar belakang dan mempunyai komuniti tersendiri. Laman ini kini mempunyai nilai mencecah $1.8 Billion (~RM 7.7 Billion). Bagi memastikan ia terus menarik minat pengguna, rekabentuk laman popular ini akan dikemaskini.

CEO Reddit Steve Huffman di dalam temuramah bersama Recode dipetik berkata rekaan semasa kelihatan ketinggalan zaman. Tidak banyak perubahan dilakukan pada rekaan laman sejak memulakan operasi pada tahun 2005. Oleh itu rekaan yang lebih mengikut trend terkini perlu dilakukan.

Beberapa rekaan awal yang dikongsi bersama Recode  dilihat menyamai rekaan Facebook dan Twitter. Rekaan lebih menumpukan visual dan bukannya teks seperti sekarang diharap akan meningkatkan jumlah pembaca serta menjana klik.

Selain daripada itu Reddit akan membenarkan pengguna memuat naik terus video ke laman. Ia kini masih di dalam tahap ujian Beta. Seperti majoriti laman di internet, kandungan video akan menjadi tumpuan utama. Ini tidak mengejutkan kerana Vice dan Facebook adalah dua laman yang kini memberikan tumpuan lebih kepada video.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uPBQyL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.