Mayat berlumuran darah di depan kedai serbaneka
GOMBAK: Seorang lelaki berusia 41 tahun ditemui mati di hadapan sebuah kedai serbaneka di Sunway Batu Caves, di sini, awal pagi tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Asisten Komisioner Fadzil Ahmad, berkata mayat lelaki yang berasal dari Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah.
"Kita terima maklumat kira-kira pada jam 2 pagi. Apabila tiba di lokasi, polis menemui satu mayat lelaki terbaring di hadapan sebuah kedai serbaneka.
"Mayat lengkap berpakaian baju berwarna biru dan seluar hitam, mempunyai kesan kecederaan luka pada tubuhnya," katanya dalam satu kenyataan.
Fadzil berkata, pemeriksaan lanjut dilakukan pada mayat bagi mengenal pasti punca kematian.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wCNUCE
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment