Pegawai kanan polis Kuching cedera dirempuh samseng jalanan pagi tadi
KUCHING: Seorang pegawai kanan Polis berpangkat Asisten Superintendan (ASP) cedera selepas dirempuh sebuah motosikal dalam satu operasi khas jam 3.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, insiden berlaku di bulatan Kampung Gersik, dekat sini ketika pegawai terbabit, ASP Mohd Fauzi Mohammat sedang mengeluarkan saman terhadap sebuah motosikal.
“Sebuah motosikal lain ketika itu tiba-tiba datang sebelum merempuh Mohd Fauzi yang juga pegawai penyelaras kereta peronda IPD Kuching.
“Akibat rempuhan tersebut, mangsa cedera di kedua-dua belah kaki, selain mengalami hentakan di kepala.
“Beliau bagaimanapun dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Umum Sarawak.
Kata Abang Ahmad, pihaknya sedang memburu penunggang motosikal terbabit yang sempat melarikan diri.
“Cabaran ini tidak akan melemahkan kita dan operasi cegah jenayah sebegini akan tetap diteruskan.
“Malah kita menyeru orang ramai agar sama-sama membenteras samseng jalanan di bandar raya Kuching dengan menyalurkan maklumat mengenai mereka,” katanya. – Sarawakvoice
✍ Sumber Pautan : ☕ KamekMiakSarawak
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vz6Joz
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment