Perdagangan Australia Perlahan Pada Jun, Aussie Tertekan
Perdagangan Australia pada Jun semakin perlahan berbanding sebelum ini di mana lebihan dagangan (trade surplus) merosot berikutan faktor komoditi.
Imbangan perdagangan adalah hasil eksport tolak import yang mana jika hasilnya positif, ia dipanggil trade surplus (lebihan dagangan) dan sebaliknya dipanggil trade defisit (kurangan dagangan).
Lebihan dagangan berjumlah A$856 billion pada Jun, jatuh mendadak dari A$2.02 billion pada Mei. Jangkaan kali ini Australia merekod lebihan sebanyak A$1.78 billion.
Eksport pada Jun naik 1% selepas meningkat 9% yang jauh lebih besar pada bulan sebelum itu. Manakala import pula naik 2% lebih banyak berbanding sebelum ini hanya naik 1%.
Gambaran perdagangan Australia kekal berkembang pada Jun dipandu oleh eksport komoditi. Ekonomi pada tempoh sama banyak disokong oleh perbelanjaan pengguna dan perniagaan. Pertumbuhan ekonomi pada suku pertama merekod kenaikan 0.3%.
Aussie Dolar didagang lebih rendah pagi tadi selepas data ini dikeluarkan. AUDUSD setakat ini telah jatuh 0.49% setakat pukul 2.58 petang.
The post Perdagangan Australia Perlahan Pada Jun, Aussie Tertekan appeared first on MOSHED.COM.
✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uYJ43C
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment