Hi! Welcome Back and Stay Tune! RCI Memali: Dah makin nampak bertujuan politik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

RCI Memali: Dah makin nampak bertujuan politik

PAS: Rais Yatim, Hanif Omar berkepentingan, guna buku OCPD sandaran RCI Memali

  | August 26, 2017
Ketua Pemuda PAS Khalil Hadi berkata bekas menteri penerangan dan bekas ketua polis negara itu mempunyai kepentingan dalam peristiwa Memali.
PETALING JAYA: PAS membidas Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Tan Sri Dr Rais Yatim dan bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar kerana mempertikaikan keperluan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk mengkaji semula peristiwa Memali 1985.
Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata Rais dan Hanif pihak berkepentingan dalam peristiwa tersebut, di mana masing-masing merupakan menteri penerangan dan ketua polis negara semasa kejadian.
Rais sebelum ini berkata kerajaan sudah menghuraikan peristiwa itu dengan baik dalam laporan Kertas Putih Peristiwa Memali di Parlimen, sementara Hanif meminta kerajaan menjelaskan mengapa mereka mahukan RCI itu dan kenapa Kertas Putih yang dibentangkan sebelum ini tidak mencukupi.
“Mereka sendiri menzahirkan sikap negatif di mana ia sebenarnya menimbulkan lebih banyak tanda tanya terhadap wujudnya perkara terselindung yang perlu diserlahkan secara telus,” kata Khalil dalam kenyataan hari ini.
“Pastinya awam memiliki harapan agar suara dilontarkan Tan Sri Rais dan Tun Hanif tidak mempunyai motif untuk melindungi pihak tertentu atau menutup suatu kebenaran yang amat penting dijelaskan dengan seterang-terangnya.”
Rais pada 24 Ogos lalu berkata kerajaan perlu melihat jika terdapat bukti baharu atau perkara masih tidak dirungkai sehingga kini dalam peristiwa itu.
Menteri Nazri Aziz menyokong penubuhan RCI bukan untuk mengkaji semula latar belakang kejadian, tetapi untuk mengkaji respon pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad kepada kejadian tu.
Khalil hari ini menyarankan kerajaan supaya menjadikan buku “Memali: A Policeman Remembers” tulisan bekas ketua polis daerah Baling, Tunku Muszaffar Shah Tunku Ibrahim, sebagai sandaran.
“Terdapat sekurang-kurangnya 3 tempat dalam buku itu menyatakan tidak bersetuju dengan cubaan pihak polis untuk menahan Ibrahim Libya di Memali,” katanya.
“Pertanyaan yang seharusnya dijawab ialah siapa yang memberi arahan?” kata Khalil.
Sementara itu, Khalil mempertahankan ayahnya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, yang dikatakan mempunyai peranan dalam peristiwa itu melalui ucapan “Amanat Hadi”.
“Seperti selalunya, kita melihat terdapatnya pihak yang seperti menangguk di air keruh apabila menjadikannya kesempatan untuk melunaskan dendam kepada sasaran politik mereka.”
“Semata-mata juga bersandar kepada letusan yang dibuat oleh Tan Sri Rahim Noor, sedangkan beliau ketika tragedi 1985 itu hanyalah ketua polis Selangor,” katanya.


✍ Sumber Pautan : ☕ mountdweller88

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vgyzu9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.