Rekaan Samsung Galaxy J7+ Tertiris – Peranti Dwi-Kamera Kedua Keluaran Samsung
Harga jualan Samsung Galaxy Note 8 di Malaysia ialah RM3999 sebuah. Ini adalah diuar kemampuan majoriti pengguna di luar sana kerana harga kelas bangsawan. Bagi yang masih mahukan peranti Samsung dengan sistem dwi-kamera, mungkin Samsung Galaxy J7+ adalah pilihan lebih mesra poket.
Rekaan Samsung Galaxy J7+ tetiris menerusi laman Samsung Thailand. Ia dilengkapi skrin 5.5″ SAMOLED HD penuh, pemproses lapan teras (mungkin Exynos 7870), memori sebesar 4GB RAM dan storan sebesar 32GB. Kemampuan kamera pula ialah 13+5 Megapixel f/1.7 dan kamera selfie 16-Megapixel. Sistem pemfokusan bokeh Live Focus akan disokong.
Seperti Note 8. Galaxy J7+ turut dilengkapi butang khas Bixby pada sisi sebelah kiri peranti. Membekalkan kuasa kepada peranti ini ialah bateri sebesar 3000 mAh. Samsung Gaalxy J7+ ditawarkan dalam warna hitam. emas dan merah jambu. Tarikh dan harga jualan masih belum diketahui setakat ini.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2izDOQ0
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment