Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rekaan Samsung Gear Sports Dan Gear IconX 2017 Tertiris - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rekaan Samsung Gear Sports Dan Gear IconX 2017 Tertiris

Ketika di majlis pelancaran Samsung Galaxy Note 8 yang lalu, Samsung menjanjikan beberapa peranti baru yang akan menjadi penyeri kepada “galaksi” mereka. Dari imej yang terpapar pada skrin, Samsung memberikan gambaran peranti boleh pakai bakal dilancarkan di IFA. Kita sudah mengetahui Gear Fit2 Pro akan dilancarkan, tetapi kini imej Gear Sports pula tertiris.

 Samsung Gear Sports ialah jam tangan pintar yang mensasarkan golongan pengguna yang gemar bersukan. Tidak seperti Gear S3, rekaannya lebih ranggi, kasual dan warna yang ceria. Gear Sports SM-R600 ini turut disenaraikan mempunyai kemampuan kalis air sehingga 5 ATM. Ini membolehkannya digunakan untuk aktiviti berenang dan menyelam sehingga 50 meter. Selain daripada itu ia dikatakan bakal menggunakan sistem operasi baru Tizen 3.0.

Fon telinga tanpa wayar Gear IconX terbaru SM-R140 turut tertiris. Dari segi rekaan ia kelihatan lebih bujur berbanding Icon X tahun lalu. Pod simpanan merangkap pengecas juga lebih kecil. Gear IconX terbaru ini mempunyai kemampuan bertahan sehingga 5 jam dengan sekali cas serta memuatkan 1000 lagu.

IFA akan berlangsung dalam masa terdekat, kami akan melakukan laporan terus dari Berlin dan apabila Gear Sports dilancarkan anda pasti akan mendapat maklumat terkini dari kami.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2w8ssaf

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.