Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sanggup Tidur Di Stadium Demi Tiket Final - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sanggup Tidur Di Stadium Demi Tiket Final


Stadium Shah Alam dibanjiri penyokong bola sepak tempatan yang berkampung sejak jam 10 malam tadi bagi mengelak kempunan mendapatkan tiket perlawanan akhir bola sepak antara Malaysia dan Thailand, malam esok.

Ribuan penyokong berbaris panjang walaupun kaunter tiket hanya mula dibuka jam 11 pagi bagi memastikan tidak terlepas peluang menyaksikan perlawanan bagi ibu segala pingat Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) itu.

Menurut kenyataan Sekretariat Kuala Lumpur 2017, tiket tidak dijual secara dalam talian di laman web 2017. Tiket untuk penyokong tuan rumah dijual di Stadium Shah Alam manakala tiket untuk penyokong Thailand dijual di Stadium Malawati.

Tinjauan BERNAMA mendapati ada penyokong yang sanggup membawa beg tidur malah tikar untuk tidur di perkarangan stadium itu malam tadi.

Seorang penyokong Hasani Hassan, 28, berkata, dia bersama sembilan rakannya tiba di stadium pada jam 2 pagi tadi.

“Tidur di perkarangan stadium sudah biasa bagi kami, tidak kira hujan atau tidak, saya tetap mahu mendapatkan tiket menyaksikan perlawanan Malaysia pada final ini.

“Sebagai rakyat Malaysia sudah pastinya saya memberi sokongan padu walaupun terpaksa bersusah-payah berbaris panjang,” katanya.

Seorang lagi penyokong Badrul Hisham Abdullah, 25, berkata, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand.

“Saya sanggup memandu kereta sejak awal pagi tadi dari Kuala Lumpur semata-mata hendak membeli tiket perlawanan akhir Malaysia kerana difahamkan tiket tidak dijual secara dalam talian.

“Namun ia tidak menghalang saya untuk tidak menyaksikan perlawanan akhir Malaysia dengan Thailand yang juga lawan yang mantap buat (pasukan) kita,” katanya.

Perlawanan dijadual bermula jam 8.45 malam.

Malaysia mengesah tempat ke final selepas menundukkan Indonesia 1-0 pada separuh akhir Sabtu lalu manakala Thailand turut mara selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Myanmar dalam satu lagi aksi separuh akhir.

Dalam pada itu, perlawanan penentuan pingat gangsa antara Indonesia menentang Myanmar akan diadakan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS) bermula jam 4.30 petang esok.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xFhVl1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.