Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sejam Terperangkap Dalam Kereta - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sejam Terperangkap Dalam Kereta


Kanak-kanak perempuan terperangkap dalam kereta kira-kira sejam sebelum diselamatkan pasukan Bomba dan Penyelamat di Taman Setia Indah di Johor Bahru, hari ini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Johor Jaya, Mohamad Anuar Mohamad Amdzah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan 10.09 pagi.

Beliau berkata, apabila tiba di lokasi, pihaknya mendapati kanak-kanak perempuan berusia dua tahun terperangkap dalam kereta milik ibunya.

Menurutnya, lima anggota Bomba menjalankan operasi menyelamatkan kanak-kanak itu dan mereka turut dibantu seorang pakar kunci.

"Siasatan awal mendapati ibu kanak-kanak berkenaan berusia 30-an meninggalkannya di kereta yang tidak dimatikan enjin sementara berurusan di klinik.

"Selepas berurusan di klinik wanita berkenaan pulang ke kereta dan panik apabila mendapati pintu kenderaan berkenaan berkunci," katanya.

Mohamad Anuar berkata, kanak-kanak berkenaan berjaya diselamatkan pada 10.50 pagi.

"Ketika diselamatkan kanak-kanak itu didapati dalam keadaan baik dan sedang menonton kartun di telefon bimbit ibunya," katanya.-myMetro


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wL2XNG

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.