Sebelum Jumpa Najib, Dokumen London Dibincang Bersama Komponen BN Terlebih Dahulu - Abang Jo
KUCHING: Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Openg mendedahkan dokumen mengandungi status Sarawak yang ditemui di London baru-baru ini akan dibincangkan dalam kalangan parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak terlebih dahulu.
Memetik laporan Utusan Borneo, menurutnya, selepas itu barulah rundingan mengenai autonomi Sarawak dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilakukan.
Abang Johari menjelaskan, buat masa ini kerajaan negeri tidak perlu merujuk perkara tersebut kepada Najib.
“Kita perlu berbincang dalam kalangan kita dahulu bersama parti komponen BN bagi menentukan langkah seterusnya harus diambil.
“Selepas itu, saya akan berbincang dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kerana isi ini sangat rumit dan kita mesti membina hubungan yang baik,” katanya.
Abang Johari turut menjelaskan Najib sebagai seorang pemimpin yang berfikiran terbuka, sentiasa mengalu-alukan rundingan dengan kerajaan negeri
berhubung isu autonomi.
“Kita harus menghargai (sikap) keterbukaan beliau (Najib). Jadi sebaik kita telah mengumpul semua fakta diperlukan, beliau (Najib) akan menelitinya.
“Sebelum ini beliau (Najib) pernah berkata, hak Sarawak adalah milik Sarawak dan beliau akan menyerahkannya semula kepada Sarawak,” katanya.
Abang Johari berkata demikian apabila ditanya sama ada beliau akan mengadakan pertemuan dengan Najib untuk membincangkan isu berkenaan ekoran penemuan dokumen-dokumen baharu dan penting mengenai Sarawak serta penubuhan Malaysia oleh sepasukan peguam negeri ini yang diketuai Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri dan Persekutuan dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali di London Julai lalu.
Beliau turut memberitahu kumpulan peguam negeri tidak perlu ke London semula untuk mengumpul lebih banyak lagi dokumen berkaitan daripada British National Archive seperti dimaklumkan Sharifah Hasidah menerusi satu kenyataan akhbar baru-baru ini.
“Tidak perlu kunjungan semula ke London kerana kita sudah menjalinkan hubungan dengan Commonwealth Library dan Archive di Marlborough House London,” jelasnya.
Tambahnya pasukan peguam negeri telah membawa balik dokumen berkaitan pernubuhan Malaysia seperti Kertas-Kertas Kabinet Kerajaan Britain berhubung laporan Suruhanjaya Cobbold dan pandangannya mengenai kemerdekaan Sarawak menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia baharu serta banyak
lagi.
“Banyak perkara baharu bagi kita. Oleh sebab itu kita tidak boleh bergantung kepada kata-kata pembangkang yang hanya memperoleh lebih banyak maklumat daripada Internet.
“Kita lebih pintar daripada pembangkang,” katanya lagi.-Sarawakiana
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vqcLI4
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment