(VIDEO) Ular Sawa 'Sembunyi' Bawah Katil Anak Lepas Bunuh Kucing..
SEEKOR ular sawa ditemui di bawah katil dalam bilik seorang remaja selepas ia masuk melalui tingkap dan membunuh kucing peliharaan keluarga itu.
Thanapoom Lekyen, 42, menemui kucing itu di luar rumah dibawah birai tingkap dengan kesan gigitan apabila dia masuk ke bilik tidur anak lelakinya pada pagi minggu lepas.
Dia kemudian berlari ketakutan apabila melihat sisik ular berada di bawah katil.
Pada malam sebelumnya anaknya Nong, 13, tidur di biliknya.
“Saya bangun pada waktu pagi dan melihat kucing kami sudah mati diluar dengan kesan digigit pada badan.
“Ketika itu, saya tahu ada perkara buruk terjadi dan saya menggigil ketakutan.
“Apabila ke bilik tidur anak saya, saya menjerit ketika melihat sesuatu bergerak di bawah katil.
“Saya menangis apabila memikirkan kemungkinan jika anak saya tidur di biliknya pada malam itu,"katanya.
Selepas menemui haiwan pemangsa itu, Lekyen segera menghubungi pusat haiwan yang menghantar Nattapon Boonmee untuk menangkap ular tersebut.
Rakaman itu menunjukkan Boonmee ’bertarung’ dengan ular itu yang kemudian menggigitnya ketika dia cuba untuk menangkap haiwan tersebut.
“Saiz ular sawa itu biasa sahaja, tetapi ia sangat berbahaya. Tangan saya berdarah akibat gigitannya,” katanya.
Ular yang berjaya ditangkap itu kemudiannya dilepaskan ke kawasan hidupan liar berdekatan rumah keluarga tersebut di Chaocheongsao.
✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vhj3KA
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment