Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selamba Buat Bahu Jalan Jadi Parkir Persendirian - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selamba Buat Bahu Jalan Jadi Parkir Persendirian



JOHOR BAHRU: Tindakan beberapa pemilik rumah menjadikan rizab bahu jalan di Jalan Jerau 1, Taman Pelangi, di sini, sebagai lot parkir persendirian mengundang rasa kurang senang penduduk di kawasan itu.

Penduduk, Hardip Singh, 57, berkata, masalah mula timbul kira-kira dua tahun lalu apabila pemilik rumah di Jalan Kuning 3 membina parkir persendirian ‘haram’ di belakang rumah mereka yang merupakan rizab bahu jalan di lorong Jalan Jerau 1.

Dia yang sudah lebih 10 tahun tinggal di situ mendakwa, pemilik kediaman itu dipercayai mengubahsuai rumah mereka kepada 10 hingga 12 bilik untuk dijadikan sebagai bilik sewa.

“Jadi mereka membina lot parkir ini untuk kemudahan penyewa-penyewa mereka sedangkan ini merupakan kawasan awam malah terdapat saliran paip air di bawahnya.

“Mereka juga meletakkan nombor kenderaan pada setiap lot dan rantai besi bagi menghalang penduduk lain meletakkan kenderaan di situ,” katanya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan kesukaran kepada penduduk untuk membuat pusingan U ketika keluar dari rumah masing-masing selain ia turut mengganggu lalu lintas.

“Baru-baru ini kawan-kawan dan saudara saya datang ke rumah sukar mendapatkan parkir dan terpaksa berjalan lebih jauh kerana pemilik rumah sewa itu sudah gunakan kawasan ini sebagai lot parkir persendirian mereka,” katanya.

Seorang lagi penduduk, Liew Ah See, 75, berkata, masalah berkenaan turut menyebabkan laluan menjadi sibuk kerana terdapat lebih 10 lot parkir haram dibina di situ dan penduduk juga bimbang lebih banyak lot parkir akan dibina sekiranya tiada tindakan diambil.

“Keadaan menjadi sibuk terutamanya pada waktu malam, mereka juga tidak meletakkan kenderaan dengan teratur hingga mengganggu lalu lintas di sini malah kami pula terpaksa berhati-hati kerana bimbang terlanggar kenderaan di situ,” katanya.

Sementara itu, Adun Stulang, Andrew Chen berkata, pihaknya sudah mengemukakan aduan kepada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) berhubung perkara itu dan berharap tindakan penguatkuasaan diambil bagi memastikan ia tidak berlarutan dan mengganggu ketenteraman penduduk.

Dalam pada itu, Ahli majlis Zon 1 MBJB, Ang Boo Heng berkata, pihaknya akan menyemak aduan berkenaan dan mengambil tindakan penguatkuasaan sewajarnya sekiranya berlaku pelanggaran syarat dibawah Akta Kerajaan Tempatan 1976.

“Kita akan buat semakan ke lokasi berkenaan. Sekiranya berlaku perkara seperti yang didakwa, kita boleh ambil tindakan kerana kawasan berkenaan merupakan harta awam.

“Kita juga boleh ambil tindakan sekiranya benar pemilik rumah mengubahsuai kediaman untuk dijadikan bilik sewa kerana ia juga melanggar syarat kerana menjalankan perniagaan di kawasan perumahan,” katanya. - Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2u2e2F5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.