Hi! Welcome Back and Stay Tune! SM-G9298 “Leader 8” Dilancarkan Di China – Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Dwi-Skrin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

SM-G9298 “Leader 8” Dilancarkan Di China – Telefon Pintar Boleh Lipat Dengan Dwi-Skrin

Peranti pintar boleh lipat jarang sekali ditemui di Malaysia kerana kepopularan rekaan candybar. Tetapi di China masih terdapat permintaan untuk peranti dengan rekaan klasik ini. Samsung SM-G9298 “Leader 8” akhirnya dilancarkan khusus untuk pasaran China dan ia dilengkapi dwi-skrin bersaiz 4.2″.

Samsung SM-G9298 “Leader 8″ dengan dwi-skrin 4.2” SAMOLED HD penuh ini diperkasakan pemproses Snapdragon 821, memori sebesar 4 GB dan storan sebesar 64 GB (sokongan kad MikroSD sehingga 256GB) . Kamera utama di bahagian belakang sebesar 12-Megapixel f/1.7 dan dipadankan dengan kamera selfie sebesar 5-Megapixel f/1.9. Sebuah bateri sebesar 2300 mAh disertakan dengan kemampuan pengecasan tanpa wayar atau berwayar menggunakan port MikroUSB.

Keseluruhan peranti diperbuat daripada logam aluminium. Menarik sekali ialah ia boleh berfungsi seperti peranti clamshell biasa dengan butang navigasi pada bahagian penutup. Sebuah pengimbas nadi dan cap jari turut disertakan pada bahagian belakang. SM-G9298 “Leader 8” hanya akan dipasarkan di China sahaja setakat ini tetapi harga masih belum diumumkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vuVZff

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.