Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sukan SEA: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sukan SEA: Malaysia Ke Final Bertemu Thailand


GOL tunggal hasil tandukan penyerang, N. Thanabalan, membawa Malaysia melayakkan diri ke perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 selepas menewaskan Indonesia 1-0.

Dalam aksi separuh akhir di Stadium Shah Alam, malam ini, skuad bawah 22 tahun negara kini hampir dengan ibu segala pingat emas, dan bakal bertemu juara bertahan, Thailand pada perlawanan kemuncak, Selasa ini.

Sejak wisel permulaan dibunyikan, perlawanan di hadapan kira-kira 80,000 penonton, menyaksikan kedua-dua pasukan tampil amat berhati-hati, dengan skuad Garuda Muda lebih menguasai perlawanan.

Malangnya benteng skuad Harimau Muda kendalian Datuk Ong Kim Swee kekal ampuh daripada dibolosi. Pemain sayap Malaysia, Safawi Rasid, hampir memecah kebuntuan itu sebelum tamat separuh masa pertama.

Namun percubaannya sekadar melewati gawang lawan. Bagaimanapun, Thanabalan yang sudah menjaringkan tiga gol sebelum ini, akhirnya berjaya memecahkan kebuntuan ketika permainan hanya berbaki empat minit.

Beliau berjaya melonjak tinggi untuk menanduk masuk gol kemenangan skuad negara hasil daripada sepakan sudut Mohd Nor Azam Azih. Kedudukan 1-0 kekal sehingga ke wisel penamat.

Ketika ditemui, Thanabalan tidak sembunyi rasa lega selepas berjaya bawa skuad negara ke final: “Saya akui tidak dapat menampilkan aksi terbaik dalam perlawanan malam ini tetapi lega akhirnya berjaya jaring gol kemenangan.

“Bapa saya sering berpesan, jika meraih sebarang peluang gol melalui tandukan, pastikan ia menjadi satu tandukan tepat dan mujur hari ini, saya dapat melakukannya dengan sebaik mungkin.

“Hajat saya hanya satu. Saya mahu pergi ke final. Sejak mewakili Malaysia ketika berusia 12 tahun, saya tidak pernah merasai pentas final dan akhirnya saya berjaya melakukannya pada malam ini,” tambahnya.

Malaysia bakal bertemu seteru utama, Thailand, yang terlebih dahulu menewaskan Myanmar 1-0 dalam satu lagi aksi separuh akhir di Stadium Selayang, petang tadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xn5Pxe

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.