Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sumbang mahram: Bapa, datuk antara 4 lelaki ditahan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sumbang mahram: Bapa, datuk antara 4 lelaki ditahan

 | August 11, 2017
Mangsa mendedahkan dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki iaitu bapa, datuk dan 2 bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.
Dev-Kumar-rapeKUCHING: Polis menahan 4 lelaki selepas menerima laporan mengenai seorang gadis berumur 19 tahun yang mendakwa dirogol oleh datuk, bapa kandung, dan 2 bapa saudaranya sejak berumur 13 tahun, di Kampung Daha Seroban, Serian, kira-kira 50km dari sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak Datuk Dev Kumar berkata polis pada mulanya menerima laporan daripada Hospital Serian mengenai seorang gadis mengandung yang dirujuk ke hospital untuk pemeriksaan pada kira-kira pukul 2.30 petang.

Beliau berkata hasil temu bual awal, gadis itu mendedahkan bahawa dia telah dirogol oleh 4 orang lelaki iaitu bapa, datuk dan 2 bapa saudara sejak dia berumur 13 tahun, manakala adiknya yang kini berumur 14 tahun turut menjadi mangsa mereka.

“Wanita itu juga mendedahkan bahawa adiknya turut dirogol sejak berumur 9 tahun. Kesemua insiden ini dikatakan berlaku di rumah mereka di Kampung Daha Seroban, Serian,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Menurutnya susulan siasatan awal, polis menahan 4 suspek berumur antara 26 dan 57 tahun di Kampung Daha Seroban, Serian pada kira-kira pukul 3.30 petang.
Dev berkata suspek yang merupakan bapa kandung, datuk dan bapa saudara gadis itu tinggal serumah, dan semua mereka bekerja sebagai petani.
Gadis dan adiknya itu tidak bersekolah.

“Kes disiasat di bawah seksyen 376B, iaitu sumbang mahram. Kesemua 4 suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Serian pagi esok untuk permohonan reman,” katanya.
FMT


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2uxbdAi

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.