Tan Sri Annuar Musa sedia terajui kembali KAFA sekiranya tiada yang mahu tawarkan diri
Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) Tan Sri Annuar Musa sedia kembali untuk menerajui persatuan itu sekiranya tiada mana-mana individu tampil menawarkan diri.
Annuar berkata kesudiannya untuk kembali mengisi jawatan itu kerana tidak mahu melihat pasukan Kelantan terus hancur begitu sahaja.
Bagaimanapun beliau sedia mengundur diri dan membuka peluang kepada mana-mana individu jika ada pencalonan dibuat sebelum tarikh tutupnya pada 10 Sept depan.
“Jika tiada calon saya sedia duduk bersama Exco KAFA berbincang berkaitan masalah tersebut (isi jawatan presiden), namun saya harap perkara itu tidak berlaku kerana saya mahu membuka peluang kepada individu yang berkemampuan membina kembali pasukan Kelantan.
“Saya juga bersedia memberikan bantuan kepada sesiapa sahaja yang mahu menggalas jawatan berkenaan,” katanya pada sidang akhbar di sini, Sabtu.
Beliau turut menasihatkan mana-mana Exco KAFA yang tidak menyumbang kepada persatuan itu supaya meletakkan jawatan yang disandang mereka dan memberi peluang kepada individu lain untuk berbakti. – Bernama
Sumber: Mstar
Sumber Tan Sri Annuar Musa sedia terajui kembali KAFA sekiranya tiada yang mahu tawarkan diri
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wHDk0n
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment