Hi! Welcome Back and Stay Tune! TUN M: KENAPA HADI TIDAK DITAHAN DI BAWAH ISA - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

TUN M: KENAPA HADI TIDAK DITAHAN DI BAWAH ISA

KUALA TERENGGANU  – Pengerusi Pakatan Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui tidak menahan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ekoran tragedi berdarah Memali pada 1985 kerana bimbang rusuhan.

Menurutnya, kerajaan tidak menahan Abdul Hadi ketika itu kerana terlalu ramai pengikut beliau yang fanatik lebih-lebih lagi terhadap amanat dikeluarkan di Banggol Peradong pada 1981 yang mendorong tindakan ‘jihad’ melawan kerajaan.

“Amanat Hadi adalah hasutan supaya rakyat bangun dan bunuh pemimpin kafir, itu makna amanat Haji Hadi. Tetapi, terlalu ramai orang pada masa itu yang fanatik percaya kepada beliau sehingga kalau kita tangkap dan masukkan dalam ISA akan tercetus huru-hara.

 “Kerajaan ada terfikir untuk tahan ISA, tapi kita fikir waktu itu negara demokrasi, sekiranya tindakan begitu diambil besar kemungkinan akan tercetusnya huru-hara sebab itulah beliau tidak ditahan di bawah ISA,” katanya ketika berucap dalam pertemuan bersama nelayan dan warga Terengganu, semalam.

 Pada perkembangan sama, bekas perdana menteri itu turut menyifatkan tindakan  pengikut fanatik Abdul Hadi (Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya) didakwa lebih kepada membentuk kerajaan bebas Islam seperti IS (kumpulan militan Daesh).

– Sinar Harian

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wz26PL

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.