Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viral gambar dan nama Tun Mahathir tiada dalam buku teks sekolah, Menteri Pendidikan kata ia kerja gila - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viral gambar dan nama Tun Mahathir tiada dalam buku teks sekolah, Menteri Pendidikan kata ia kerja gila

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar perdana menteri Malaysia keempat Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.

 

 

Viral gambar dan nama Tun Mahathir tiada dalam buku teks sekolah, Menteri Pendidikan kata ia kerja gila

Viral gambar dan nama Tun Mahathir tiada dalam buku teks sekolah, Menteri Pendidikan kata ia kerja gila

 

Katanya tindakan pihak terbabit juga adalah “satu kerja gila”.

“Walaupun dalam politik Tun Mahathir sudah menjadi pembangkang dan merupakan lawan Barisan Nasional, kenapa perlu secara tiba-tiba untuk meniadakan gambarnya dalam buku tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Padang Serai di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya tidak pernah memberi sebarang arahan agar gambar bekas pemimpin negara itu dikeluarkan daripada buku tersebut.

“Mana mungkin memandangkan kita mempunyai prosedur tertentu termasuk jawatankuasa semakan dan jawatankuasa profesional dalam menapis sebarang isi kandungan yang dijadikan buku teks pelajar sekolah,” katanya.

Mahdzir juga berkata pihaknya sudah membuat laporan polis dan kini menunggu hasil siasatan.

“Apa yang penting sekarang kita akan cari punca di mana perkara ini bermula termasuk di mana ia diterbitkan,” katanya.

Mengulas perkembangan lain, Mahdzir berkata beliau belum menerima sebarang laporan mengenai kes dera membabitkan seorang murid tahun satu di Kapit, Sarawak yang dilaporkan semalam. — Bernama

Sumber: Malay Mail



Sumber Viral gambar dan nama Tun Mahathir tiada dalam buku teks sekolah, Menteri Pendidikan kata ia kerja gila

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wyynql

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.