Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zambry tak mahu sekolah di Perak amal pengasingan cawan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zambry tak mahu sekolah di Perak amal pengasingan cawan

 | August 11, 2017
Menteri Besar Perak berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian.
zambry-cawanPETALING JAYA: Sambil menyifatkan dasar sebuah sekolah kebangsaan di Selangor mengasingkan cawan pelajar Islam dan bukan Islam sebagai mendukacitakan dan tidak menggambarkan ajaran Islam sebenar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir tidak mahu ia berlaku di Perak.

Menteri Besar Perak berkata, perkara seumpama itu tidak sepatutnya berlaku terutama di dalam negara yang hidup dalam suasana kepelbagaian dan berharap perkara seumpama tidak berlaku di Perak.
“Ini seolah-olah kita nak menggambarkan bahawa Islam keras dan tidak bertoleransi langsung sedangkan Islam adalah agama sifatnya kesejahteraan kepada semua.

“Kita tidak mahu perkara ini berlaku di Perak dan saya tidak suka ada pihak yang cuba memisahkan kehidupan kita iaitu kehidupan bernegara,” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Elemen @Seri Manjung di Kampung Datuk Seri Kamarudin, Lumut hari ini.

Semalam, FMT melaporkan Sekolah Kebangsaan Taman Puteri, Hulu Langat, Selangor meletakkan label ‘Murid Islam’ dan ‘Murid Bukan Islam’ pada setiap cawan yang diletakkan bersebelahan mesin pembahagi air di sebuah blok bangunan di sekolah itu untuk kegunaan murid-murid.

Laporan itu turut memetik kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan perkara tersebut berunsurkan perkauman selain mendorong kebencian dan penghinaan terhadap kaum lain.
Hari ini, Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menegaskan tindakan pengurusan sekolah tersebut sebagai bertentangan dengan peraturan dan pekeliling kementeriannya


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fzivNd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.