Hi! Welcome Back and Stay Tune! 2 Warga China Maut Dalam Nahas Di Bintulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

2 Warga China Maut Dalam Nahas Di Bintulu

MIRI – Dua warga China adalah antara tiga individu yang maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori treler dan kenderaan pacuan empat roda di Jalan Bintulu-Tatau pagi tadi.

Ketua Polis Bintulu, ACP Zailanni Amit berkata yang maut ialah pemandu Hilux berkenaan yang merupakan rakyat tempatan yang dikenali sebagai Kong Tze Hua, 57, serta dua penumpang warga China itu iaitu Zhao Shuguang, 51, dan Hao Ping, 44.

“Seorang lagi penumpang kenderaan pacuan empat roda itu yang juga warga China yang dikenali sebagai Tang Dingping, 43, cedera parah dalam kemalangan 7.40 pagi itu,” katanya dalam satu kenyataan.

Pemandu lori treler yang berusia 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan dan ditahan untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu lori itu gagal mengawal jarak kenderaannya lalu melanggar kenderaan di depan dan terbabas di lorong bertentangan,” katanya. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y4r4nS

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.