Elvina akan dibedah buang ketumbuhan
Elvina, 22, berkata, dia akan menjalani pembedahan di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur esok bagi membuang ketumbuhan di bahagian usus itu.
Saya mula rasa tidak selesa di bahagian rektum sejak enam bulan lalu tetapi hanya berkesempatan mendapatkan rawatan, baru-baru ini kerana sibuk dengan penggambaran.
Saya bersyukur apabila doktor mengesahkan ia hanya ketumbuhan biasa dan tidak serius. Ia tidak ada kaitan dengan kanser, katanya yang dimasukkan ke wad hari ini.
Disebabkan ia tidak serius, pelakon utama drama bersiri Jojie Gigil itu membuat keputusan untuk menjalani pembedahan esok selepas penggambaran drama bersiri terbaru lakonannya, Kalis Kasih selesai.
Menurut Elvina, doktor akan melakukan pembedahan kecil dan dia diminta untuk berpuasa hari ini di samping menjalani beberapa ujian.
Walaupun pembedahan ini kecil, tetapi doktor meminta saya berehat panjang bagi memastikan luka dalaman sembuh dengan cepat.
Saya juga dinasihatkan tidak melakukan aktiviti berat buat sementara waktu sehinggalah rawatan selesai, katanya yang akan bercuti selama dua minggu sebelum kembali ke lokasi penggambaran.
Sumber Elvina akan dibedah buang ketumbuhan
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2woYNql
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment