Hi! Welcome Back and Stay Tune! APM Hantar Guru, Pengawas UPSR Guna Bot - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

APM Hantar Guru, Pengawas UPSR Guna Bot

KUCHING – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman hari ini membantu menghantar dua orang guru dan lapan pengawas Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) ke dua buah sekolah di Engkilili, kira-kira 207 kilometer dari sini, selepas jalan menuju sekolah berkenaan dinaiki air pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Sri Aman, Kapten Pertahanan Awam (PA) Siti Huzaimah Ibrahim berkata pihaknya menghulurkan bantuan selepas kenderaan ringan tidak dapat melalui jalan terbabit.

Katanya operasi penghantaran dilakukan oleh lima anggota menerusi Batang (Sungai) Undop menggunakan bot.

“Proses bermula kira-kira 6.50 pagi, penghantaran pertama melibatkan seorang guru dan lima pengawas UPSR ke Sekolah Kebangsaan Ijok.

“Anggota kemudian meneruskan proses penghantaran kedua melibatkan seorang guru dan tiga pengawas ke Sekolah Kebangsaan Basi juga menerusi Batang Undop,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika ditanya keadaan cuaca di Engkilili ketika ini, Siti Huzaiman berkata secara keseluruhan cuaca adalah cerah. – BERNAMA

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2x0lVyM

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.