4 Cara Efektif Bagaimana Untuk Menyimpan Banyak Wang
Mungkin anda pernah dan sedang mengalami situasi dimana poket anda kering setiap kali hujung bulan tiba.
Mungkin anda sendiri tertanya-tanya kemana duit anda menghilang? Ini adalah perkara biasa jika anda tidak mempunyai tabiat wang yang bagus.
Bukan semua orang tahu cara menyimpan dengan bijak.
Mungkin terasa sukar untuk membiarkan wang anda kekal di dalam akaun bank sedangkan banyak perkara boleh dilakukan jika dikeluarkan.
Namun, tanpa simpanan yang tetap, anda sendiri yang akan merana sewaktu kecemasan dan buatkan anda berasa sukar pada masa hadapan.
Berikut adalah langkah-langkah menyimpan yang anda boleh ikuti jika anda berniat untuk menyimpan bagi kesenangan hidup pada hari-hari mendatang.
#1-Mula Bina Atau Beli Aset Dan Elakkan Liabiliti.
Penting untuk anda mengetahui perbezaan aset dan liabiliti.
Aset akan bantu tambah wang poket anda setiap bulan walaupun anda tidak bekerja manakala liabiliti akan buatkan anda terpaksa keluarkan wang setiap bulan.
Rumah anda juga boleh menjadi liabiliti sekiranya anda tidak dapat menjana pendapatan daripadanya.
Sekiranya anda hilang pekerjaan, liabiliti anda adalah perkara yang akan membuatkan wang anda habis dengan cepat.
Cara terbaik untuk mengawal kewangan peribadi anda adalah dengan meminimakan perbelanjaan akaun peribadi anda dan meningkatkan perbelanjaan aset anda semaksimum yang boleh.
#2-Rangka Pelan Perbelanjaan Bulanan.
Sudah acapkali kita mendengar saranan untuk menyimpan wang atau menabung untuk masa hadapan.
Bukan sahaja menabung dengan menyimpan lebihan baki perbelanjaan sebaliknya lebih elok jika kita menyimpan dahulu sebahagian daripada gaji dan selebihnya kita gunakan untuk berbelanja.
Cara terbaik adalah dengan merangka pelan kewangan anda dengan baik. Bayar perkara yang wajib seperti sewa rumah, kereta dan sebagainya dan selebihnya, berbelanjalah mengikut keperluan dan keutamaan.
Jangan lupa untuk rekodkan perbelanjaan anda setiap kali berbelanja. Jika anda malas untuk mencatat atau simpan resit perbelanjaan anda, tidak mengapa.
Kini, ada pelbagai aplikasi telefon yang anda boleh gunakan untuk merekod dan mengira perbelanjaan bulanan anda secara automatik dan sudah tentu, secara percuma.
Setiap bulan, buat analisa perbelanjaan sendiri dan buat penyelerasan untuk perbelanjaan yang tidak perlu agar anda boleh menyimpan dengan lebih banyak.
#3-Simpan Bila Tidak Perlu Untuk Guna Sewaktu Perlu.
Ramai dalam kalangan kita mahu menyimpan wang supaya kita boleh melaksanakan perancangan masa hadapan kita dan membina kekayaan dengan cara tersendiri.
Mungkin kita berimpian untuk memiliki kehidupan yang lebih selesa, mahu membeli aset, mahu melancong dan sebagainya namun semua ini mungkin tidak dapat dilakukan sekarang.
Berbanding daripada kerap berbelanja seperti yang dimahukan dan ikat perut setiap bulan, sebaiknya kita simpan sahaja sehingga jumlahnya menjadi besar dan memberi impak untuk dibelanjakan saat benar-benar perlu.
Cuba cari hobi atau aktiviti yang anda gemari dan pada waktu yang sama ia membolehkan anda menjana pendapatan daripadanya.
#4-Belajar Daripada Orang Lain Bagaimana Untuk Menyimpan.
Jika anda seorang yang boros dan tidak mampu untuk mendisplinkan diri dalam berbelanja dan menyimpan wang, cara yang terbaik adalah dapatkan nasihat dan bantuan orang lain.
Belajar bagaimana mereka mampu berbelanja dan menyimpan wang pada masa yang sama.
Cuba ikuti langkah yang sama dan lihat hasilnya selepas beberapa ketika. Anda juga boleh mencontohi mentor kewangan pilihan anda melalui internet.
Ada beribu cara untuk menyimpan wang tanpa membebankan anda di luar sana.
Anda hanya perlu pelajari dan praktikkan sahaja. Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih.
Sumber 4 Cara Efektif Bagaimana Untuk Menyimpan Banyak Wang
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fpqOru
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment