Hi! Welcome Back and Stay Tune! Anak Malaysia Kagumi Tren, Fasiliti Prasarana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Anak Malaysia Kagumi Tren, Fasiliti Prasarana


MEKAH – Siapa sangka, di celah-celah 350,000 penumpang tren haji, Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) adalah 100 jemaah dari Malaysia.

Mereka berpeluang menggunakan kemudahan itu, yang dikhususkan bagi kalangan jemaah negara teluk (GCC) dan Asia Selatan, atas kuota jemaah dari Arab Saudi.

Pastinya peluang menggunakan perkhidmatan tren metro paling padat dan tersibuk di dunia itu memberikan pengalaman cukup istimewa.

Walaupun terpaksa bersesak dengan ribuan jemaah lain, sebahagian besarnya menganggap penyediaan kemudahan itu sebagai alternatif terbaik Arab Saudi dalam memudahkan pergerakan jemaah.

Norhilmi Hamidi yang sudah tujuh tahun bermastautin di Arab Saudi, menganggap dirinya bertuah kerana berpeluang menggunakan tren itu untuk menunaikan rukun Islam kelima.

“Ketika kemuncak wukuf berakhir semalam (kelmarin), memang berlaku kesesakan luar biasa di stesen kerana jemaah berpusu-pusu untuk keluar dari Arafah menuju Muzdalifah.

“Ini saya anggap antara ujian dan cabaran dalam kita menunaikan ibadat. Rasa terharu dan bangga melihat Jalur Gemilang tersemat pada baju petugas, ” katanya ketika ditemui BH.

Operasi MMMSL dikendalikan Prasarana Integrated Management & Engineering Services (PRIME), anak syarikat Prasarana Malaysia melalui kontrak diberikan Arab Saudi sejak 2015.

Norhilmi berkata, pembabitan Prasarana dalam operasi tren haji berkenaan dikagumi pelbagai pihak, termasuk Pemerintah Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al-Saud yang juga Penjaga Dua Kota Suci.

“Cukup berbangga melihat anak Malaysia mengoperasikan tren canggih ini. Ia jelas menggambarkan semangat ‘Malaysia Boleh’ membara di seluruh dunia,” katanya.

Kebanyakan rakyat Malaysia yang bermastautin di Arab Saudi bekerja dalam sektor minyak dan gas di negara itu.

Bagi Ahmad Nazrin, penyertaan Prasarana dalam operasi tren haji berkenaan jelas memperlihatkan aspirasi semangat jitu warga Malaysia mencipta nama di peringkat antarabangsa.

“Ini juga membuktikan keakraban hubungan Malaysia-Arab Saudi dengan memberi peluang kepada syarikat tempatan meneroka pelbagai peluang kerjasama,” katanya.

Selepas berwukuf di Arafah, bermalam di Muzdalifah dan Mina, seterusnya melontar di Jamratul Aqabah, ibadat haji kini memasuki fasa akhir iaitu melontar ketiga-tiga jamrah sebelum melakukan tawaf serta saie di Masjidil Haram.

Keseluruhannya, Prasarana menggerakkan 15 tren bersama 12 gerabak penumpang setiap satu bagi musim haji kali ini bermula 29 Ogos hingga 4 September.

Sebuah lagi tren diletakkan dalam mod bersiap sedia di Depoh MMMSL Al-Abdiya, Arafah bagi menghadapi sebarang situasi cemas, termasuk gangguan teknikal. – BH Online


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2vzUU6s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.