Hi! Welcome Back and Stay Tune! ANWAR RESTUI AZMIN KETUAI RUNDINGAN PKR DENGAN PAS - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ANWAR RESTUI AZMIN KETUAI RUNDINGAN PKR DENGAN PAS

ANWAR Ibrahim hari ini menjelaskan beliau selama ini merestui usaha Timbalan Presiden Mohamed Azmin Ali berunding dengan PAS dengan tujuan membentuk kerjasama untuk berpakat menumbangkan Umno dan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Anwar bagaimanapun berkata, komitmen PKR teguh dan kukuh bersama Pakatan Harapan (PH) sepertimana yang dinyatakan Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak awal lagi.

“Apa yang diusulkan dan dipersetujui Biro Politik PKR sebelum ini adalah tidak memusuhi PAS, mengkaji kemungkinan mengelak pertarungan tiga penjuru.

“Pertimbangannya adalah menggembeleng seluruh kekuatan dalam menghadapi Umno-Barisan Nasional (BN) dalam PRU14,” kata Anwar dalam satu kenyataan hari ini.

Anwar berkata, dalam mencari jalan kerjasama dengan PAS, garis yang ditetapkan dengan jelas adalah kerjasama tersebut, seandainya berlaku, tetap dalam kerangka komitmen PKR dengan PH.

“Sdr Azmin yang diminta menerajui inisiatif ini sedar bahawa yang disarankan adalah strategi nasional dan tidak terbatas kepada Selangor sahaja.

“Wajar ditegaskan semula bahawa ikhtiar PKR adalah bagi menjernihkan suasana dan merangkul kekuatan rakyat,” katanya.

Anwar membuat kenyataan itu sebagai menjelaskan latar belakang rundingan PKR dengan PAS, yang kemudian menimbulkan keresahan di akar umbi yang keliru dengan hala tuju PH pada PRU14 ini.

Majlis Presiden PH minggu lalu sepakat menutup pintu kepada PAS sebaliknya kini fokus kepada persiapan menghadapi pertembungan tiga penjuru dalam PRU14.

Sebelum ini timbul cerita PAS di tiga negeri – Selangor, Kedah dan Kelantan – berunding menuntut mandat autonomi daripada pimpinan PAS Pusat untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.

Anwar turut mengulas pertemuan pemimpin PKR seperti Dr Wan Azizah, Azmin dan Shaharuddin Baharuddin dengan Presiden PAS Abdul Hadi Awang, yang katanya “telah mengundang pelbagai reaksi.”

“Saya alu-alukannya dengan maksud menziarah sahabat lama dan bersilaturahim sambil menyatakan kesyukuran ke hadrat Allah SWT di atas pemulihan kesihatan beliau,” katanya, dan menambah Hadi sendiri menyambut baik kunjungan itu dengan semangat kekeluargaan.

“Malangnya, terdapat kecaman dan serangan kasar dari beberapa pimpinan PAS terhadap PKR,” katanya.

Anwar berkata, beliau menasihatkan pemimpin PKR agar tidak melayan serangan daripada segelintir pemimpin PAS dan menumpukan untuk melawan BN, tetapi tidak juga menghalang sebarang penjelasan untuk meluruskan kekeliruan yang timbul, termasuk isu pindaan bidang kuasa mahkamah syariah (RU355).

Mengimbau rundingan beliau secara berasingan dengan PAS dan DAP sebelum pembentukan Pakatan Rakyat selepas PRU12, Anwar berkata rundingan itu rumit tetapi berjaya juga mencapai matlamatnya.

Tambah beliau, keadaan sekarang tentulah lebih rumit dan mencabar kerana PAS telah mengambil keputusan untuk tidak menyertai PH.

“Akan tetapi, hampir dua tahun lalu saya menyarankan PKR tidak semestinya memutuskan hubungan dengan PAS selagi ada kesediaan di pihak PAS untuk meneruskan perbincangan,” katanya.

Menurut Anwar, beliau sudah menyuarakan pendirian itu secara konsisten kepada pimpinan PKR, DAP, Bersatu dan Amanah dan mengingatkan “pimpinan berhak membuat penilaian dari masa ke masa.”

– http://ift.tt/2pAR1dR

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2exm1Yd

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.