Apple Bakal Lancar Jam Pintar Terbaharu
SYARIKAT telekomunikasi gergasi Apple Inc. merancang untuk melancarkan model jam pintar terbaru mereka lewat tahun ini yang boleh terus berhubung dengan rangkaian telefon bimbit, menurut laporan Bloomberg.
Model terbaru Apple Watch itu juga akan dilengkapi dengan cip LTE dan boleh melakukan pelbagai tugas tanpa memerlukan iPhone dalam jarak dekat.
Buat masa ini, Apple Watch perlu dihubungkan dengan iPhone untuk mengirimkan mesej, mendapatkan arahan daripada aplikasi peta dan memuat turun muzik.
Intel akan membekalkan modem LTE bagi jam baru itu, menurut Bloomberg lagi.
Pembuat iPhone itu juga sedang mengadakan perbincangan dengan beberapa syarikat khidmat telekomunikasi di Amerika Syarikat dan Eropah bagi menawarkan pakej yang menyediakan tawaran berkembar iPhone dan Apple Watch.
Apple dan Intel bagaimanapun masih belum memberikan sebarang komen mengenai perkara ini. – MYNEWSHUB.CC
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2erBbL2
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment