Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!!

‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!! | KITA VIRAL – Wanita bersama empat anak perempuanya, termasuk seorang bayi sembilan bulan yang terselamat dalam kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, masih lagi dalam keadaan trauma.

Naib Pengetua, Muhammad Azhari Mahmod, 40, berkata isterinya, Siti Nur Hayati Che Ahmad, 30, yang kini hamil dua bulan anak kelima mereka sering termenung mengenangkan tragedi yang berlaku awal pagi Khamis lalu.

SUARA ANAK-ANAK JERIT KESAKITAN

“Isteri saya amat terkesan dengan kejadian itu. Dalam suasana cemas itu, dia (isteri) terdengar suara anak-anak itu yang menjerit kesakitan.

“Ketika kejadian, isteri sedang solat dan terdengar bunyi gas dan bau yang tidak menyenangkan sebelum anak sulung kami, Siti Nur Fatimah,12, memaklumkan ternampak kelibat api di pintu tingkat tiga bangunan itu,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, di sini, hari ini.

Beliau yang baru tiba di tanah air semalam dari Madinah, hanya mampu berdoa ketika di Tanah Suci kerana tidak mengetahui nasib keluargannya dalam insiden itu.

DISELAMATKAN OLEH PELAJAR DAN BOMBA

“Isteri dan semua anak saya diselamatkan oleh pelajar dan bomba. Saya bersyukur mereka sempat diselamatkan, cuma anak saya yang berusia dua tahun masih batuk-batuk,” katanya.

Kata Muhammad Azhari, anak sulungnya yang menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) terpaksa meminjam baju ahli keluarga yang lain untuk menduduki peperiksaan itu pada hari kejadian.

“Baju sekolah habis hangus terbakar. Biarpun dia (anak) masih trauma, dia masih mampu jawab soalan peperiksaan dengan baik,” katanya.

Seramai 21 pelajar dan dua guru yang bertugas sebagai warden pusat tahfiz itu terkorban apabila asrama di tingkat tiga premis itu terbakar pagi Khamis lalu.

Sumber : BHarian

The post ‘Terngiang-Ngiang Suara Jeritan Kesakitan’. Isteri Naib Pengetua Tahfiz Kongsi Detik CEMAS !!! appeared first on KITA VIRAL.



✍ Sumber Pautan : ☕ KITA VIRAL

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHD9Te

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.