'Tiada pembubaran Parlimen' - TPM
Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihati rakyat supaya menyaring setiap berita diterima termasuk kononnya bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN), hari ini.
Ahmad Zahid berkata, berita palsu sedemikian sengaja diciptakan dan ditularkan oleh pihak tertentu dan seolah-olah menjadi kepuasan apabila ia diterima atau dipercayai rakyat.
Beliau berkata, sehubungan itu beliau meminta perkara itu dihentikan kerana rakyat akhirnya akan mengetahui atau sedar bahawa hal ditular itu adalah tidak benar.
"Berita palsu ini sengaja diciptakan seolah-olah satu kepuasan atau kemenangan jika diterima. Contohnya pada petang ini akan ada sidang khas media oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan semua ahli Majlis Tertinggi dan (tular) berita palsu kononnya Parlimen dan DUN akan dibubarkan.
"Kawan-kawan saya di Makkah hantar mesej mohon pengesahan adakah berita itu benar. Saya tidak mahu mendahului hukum Allah SWT dan tidak mahu mendahului Perdana Menteri.
“Saya tidak fikir ada pembubaran Parlimen pada hari ini. Kalau ada perkara lain, tunggu sidang media petang ini," katanya ketika berucap merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Arau di Kangar, hari ini.
Hadir sama Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Najib akan mengadakan sidang media di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, 4.45 petang, hari ini.-myMetro
✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wlwlu7
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment