Hi! Welcome Back and Stay Tune! BAPAK SETAN Rogol Dan LIWAT Anak Kandung 623 Kali, Hari Ni Dihukum Penjara 48 Tahun Dan 24 Sebatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

BAPAK SETAN Rogol Dan LIWAT Anak Kandung 623 Kali, Hari Ni Dihukum Penjara 48 Tahun Dan 24 Sebatan


Kali pertama dia liwat anak dia masa mengerjakan Umrah pada 2015...

Seorang bapa dihukum penjara 48 tahun dan sebat 24 kali di Mahkamah Jenayah Seksual Kanak-Kanak selepas mengaku bersalah atas 623 tuduhan pelbagai kesalahan seks.

Lelaki berusia 36 tahun dan bekerja sebagai ejen unit amanah itu didakwa atas satu pertuduhan merogol, satu pertuduhan penganiayaan seks, 30 tuduhan sentuhan seksual secara fizikal dan 591 tuduhan liwat.

Berdasarkan kepada fakta kes, kali pertama mangsa diliwat adalah sewaktu menunaikan umrah bersama-sama dengan bapanya pada 3 April 2015 dan remaja tersebut baru berusia 13 tahun pada ketika itu.

Kejadian berterusan sehingga pada satu kejadian mangsa telah diliwat sehingga terkeluar najis. Setiap kali melawan, mangsa dilaporkan akan ditolak, ditarik dan ditindih serta mulutnya ditutup dengan tangan.

Bapa kepada tiga orang anak perempuan itu didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap mangsa di rumah mereka di Sungai Way, Petaling Jaya dekat sini pada tarikh berlainan meliputi sebelah pagi, petang dan malam.

Kejadian sumbang mahram dahsyat ini didakwa berlaku antara bulan Januari dan Julai tahun ini sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, petang dan malam di rumah mereka di Sungai Way.

Menurut pertuduhan, tertuduh didakwa meliwat anak kandungnya setiap hari sepanjang bulan Januari, Februari, Mac, April dan Jun (termasuk ketika sambutan Hari Raya Puasa pada 25 Jun lalu).

Pada bulan Mei lalu, dia didakwa sekali lagi meliwat mangsa setiap hari kecuali dua hari sebelum bulan Ramadan (25 dan 26 Mei) dan pada hari pertama umat Islam menunaikan ibadah puasa (27 Mei).

Lelaki berkenaan turut dituduh melakukan perbuatan terkutuk itu setiap hari bermula 1 Julai hingga 20 Julai lalu sebelum laporan polis akhirnya dibuat oleh bekas isteri tertuduh pada 25 Julai lalu.

Kes panas itu mendapat perhatian ramai dan turut menyksikan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim hadir pada prosiding hari ini.

Sumber: http://ift.tt/1Rx42Ln


✍ Sumber Pautan : ☕ Sehinggit Media News

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wN8yCP

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.