Bekas Pembekal GPU Apple, Imagination Technologies, Kini Diambil-Alih Firma China
Imagination Technologies, pengeluar dan pembangun cip komponen grafik yang digunakan oleh Apple, dan popular dibawah nama PowerVR, kini telah bersetuju untuk menjual syarikat mereka kepada salah satu firma China, Canyon Bridge.
Imagination Technologies menghadapi masalah beberapa bulan yang lepas, selepas Apple mengatakan mereka tidak lagi memerlukan perkhidmatan Imagination, sekaligus membuatkan Apple merekabentuk cip grafik mereka tersendiri. Perkara tersebut menjatuhkan harga saham Imagination, selain pada masa yang sama memberikan kesan terhadap kos operasi syarikat berkenaan.
Selain daripada Apple, terdapat beberapa syarikat lain yang menggunakan sokongan rekaan grafik PowerVR, termasuk salah satu yang popular adalah MediaTek.
Ia dilaporkan Canyon Bridge mengambil-alih Imagination Technologies ini pada harga mencapai £550 juta.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2jPZDLH
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment