Hi! Welcome Back and Stay Tune! Peluang cerah setiap pelakon - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Peluang cerah setiap pelakon

Beberapa jam saja lagi, khalayak seni bakal mengetahui siapakah yang bakal membawa pulang trofi Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29).

Bakal berlangsung di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), antara yang dinanti-nantikan malam ini, pastinya kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik.

Letak tepi dulu soal Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik FFM29 sebab BLING! hari ini cuba melihat sisi beberapa pelakon yang disifatkan mempunyai peluang cerah tersendiri untuk merangkul anugerah Pelakon Terbaik FFM29.

Peluang itu dilihat kerana mereka berjaya membuktikan kelebihan bakat dimiliki melalui karya masing-masing. Malah ada antara mereka sudah buktikan dalam beberapa festival dan majlis anugerah filem lain, sebelum ini.

Seorang daripada mereka ialah Sangeeta Krishnasamy. Pelakon berketurunan India ini sangat menyerlah sebagai Cikgu Cheryl dalam filem Adiwiraku yang ditayangkan awal tahun ini.

“Jujurnya saya tidak tahu bagaimana kedudukan saya dan dicalonkan dalam kategori apa. Sebabnya pengumuman calon Top 5 hanya dilakukan pada malam FFM29 nanti.

“Jika benar saya dicalonkan, saya dedikasikan buat pelajar Sekolah Menengah Pinang Tunggal yang berjaya memberi impak kepada penonton pada filem lalu,” katanya merendah diri.

SANGEETA dedikasi watak untuk guru.
Enggan meletakkan sebarang harapan tinggi, pelakon jelita itu hanya bersyukur kerana kehadirannya dalam industri filem Melayu diterima ramai.

Pelakon jelita yang cukup popular dalam kalangan peminat industri hiburan Tamil di Malaysia tetap teruja sebab dapat berada di situ bagi pihak kru produksi Adiwiraku.

Katanya, filem itu memberi impak positif kepada guru dan pelajar sekolah. Komentar positif daripada penonton yang sudah menonton adalah anugerah terindah buatnya.

Jika filem itu berjaya mencapai sesuatu pada FFM29, ia akan memotivasikan lebih ramai pengkarya untuk hasilkan lebih banyak filem seperti itu.

“Sehingga ke hari ini, masih rasa macam mimpi tapi saya rasa sangat bertuah ditambah pula dedikasi kru produksi yang jujur menjadikan perjalanan filem ini lebih indah.

“Saya inginkan watak saya itu diingati sebagaimana kita semua menghargai guru kita, itu saja,” katanya.

Dalam pada itu, Zahiril Adzim yang cemerlang dalam filem Pekak, turut dilihat antara pelakon yang mempunyai peluang untuk menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik FFM29.

Apatah lagi melalui Pekak, dia sudah membuktikannya di International Motivational Film Festival - Bridge of Arts 2016 (IMF) di Rusia untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik, awal tahun ini.

ZAHIRIL menang di Rusia menerusi Pekak.
Manakala skrip filem oleh pengarahnya sendiri, Mohd Khairul Azri Md Noor turut menang Skrip Terbaik di anugerah sama.

“Saya tidak mahu letak harapan tinggi sebab secara jujur banyak filem yang saya suka turut disenaraikan di FFM29. Apa yang penting, saya sudah berikan yang terbaik.

“Menang trofi atau tidak, ia adalah soal rezeki. Memang sedari dulu saya tidak pernah meletakkan sasaran untuk menerima apa-apa anugerah,” katanya.

Kemenangan di FFM bukan baru bagi pelakon yang memegang watak Uda dalam Pekak. Pada FFM22, dia pernah menang Pelakon Harapan Lelaki Terbaik melalui filem Kami The Movie.

Peluang besar orang lama

Pelakon lain yang dilihat mempunyai peluang besar untuk menang malam ini ialah Namron yang hebat dalam filem Redha.

Filem Redha sendiri pernah menang di Festival Filem Filipina 2016 untuk anugerah Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan aktres Jun Lojong dan Anugerah Khas Juri.

Redha juga menang tiga anugerah termasuk Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Antarabangsa Kazan tahun lalu.

Nama lain seperti Iedil Putra dan Shaheizy Sam (filem Interchange), Diana Danielle dan Sofia Jane (filem Hanyut), Sharifah Amani (Pekak), Zul Ariffin dan Izara Aisyah (JRevolusi) turut dilihat sebagai pencabar utama untuk dua kategori itu.

Begitu juga Khir Rahman yang turut berpeluang merangkul anugerah Pelakon Lelaki Terbaik selepas memberi persembahan terbaik dan menjadi bualan khalayak ramai melalui filem Lebuhraya ke Neraka arahan Mamat Khalid.

KHIR Rahman cemerlang melalui Lebuhraya ke Neraka.
Namun begitu, beberapa pelakon lain turut dilihat mempunyai peluang cerah. Walaupun filem baru dan belum lagi ditayangkan seperti Bisik Pada Langit, Luqman dan filem tamil Thottam: The Garden.

Pelakon lama seperti Jalil Hamid (Bisik Pada Langit), Wan Hanafi Su (Luqman) dan K.S Maniam (Thottam: The Garden) juga dilihat mempunyai peluang cerah.

Rumusannya, FFM29 menyajikan saingan paling sengit pernah disaksikan selama penganjuran FFM kerana adanya barisan pelakon yang pernah mencatat sejarah peribadi tersendiri, menang trofi Pelakon Lelaki Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik melalui beberapa siri FFM lalu.

FFM29 menyaksikan 53 filem cereka membabitkan 41 filem Melayu, enam filem Mandarin, lima Tamil dan satu filem berbahasa Inggeris untuk merebut 24 anugerah yang dipertandingkan.

Bertemakan ‘Transformasi Citra Karya’, FFM29 bersiaran secara langsung di saluran Astro Ria jam 9 malam ini.



Sumber Peluang cerah setiap pelakon

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wcUeAa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.