Hi! Welcome Back and Stay Tune! Usah keluar kenyataan hingga ganggu siasatan SPRM - Dzulkifli Ahmad - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Usah keluar kenyataan hingga ganggu siasatan SPRM - Dzulkifli Ahmad

TUMPAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi peringatan tegas terhadap mana-mana pihak supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh mengganggu proses siasatan agensi itu.

Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, apabila sesuatu siasatan sedang dijalankan, mana-mana pihak diharap tidak memberikan sebarang komen atau pembelaan.

“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang melakukan tindakan yang boleh menjejaskan siasatan. Hormatilah proses siasatan, kita melakukan siasatan mengikut undang-undang.

"Beri ruang kepada kami untuk siasat dan membuat keputusan,” katanya selepas merasmikan Kembara Jelajah Antirasuah 2017 (KEJAR 17) sempena sambutan ulang tahun jubli emas SPRM ke-50 peringkat negeri Kelantan di sini hari ini.

Beliau menegaskan SPRM boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 48 Akta Pencegahan Rasuah Malaysia sekiranya ada pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh mengganggu siasatan pihaknya.

Semalam Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dilaporkan berkata, bahawa penahanan tiga kakitangannya oleh SPRM adalah tidak berasas selain menegaskan bahawa mereka yang ditahan itu sebagai tidak bersalah.

Ketiga-tiga kakitangan Sivarasa iaitu seorang setiausaha politik, pembantu peribadi dan keraninya direman selama empat hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM20,000.

Pada Khamis  SPRM juga telah memanggil Sivarasa untuk memberikan keterangan bagi membantu siasatan.



Sumber Usah keluar kenyataan hingga ganggu siasatan SPRM - Dzulkifli Ahmad

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xA3OQR

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.