Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah, Janna Dirakam” - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah, Janna Dirakam”

PENGARAH Michael Ang tidak mengetahui sebahagian rakaman penggambaran drama Coffee Prince yang memperlihatkan pelakon utama, Fattah Amin dan Janna Nick seolah-olah bercium tersebar di laman sosial.

Michael berkata, dia terkejut apabila mengetahui video tersebut telah dimuat naik oleh seorang pelakon baharu iaitu Fara Mendoza di laman Instagram.

“Babak tersebut dirakam oleh Fara dan bukannya kru produksi yang sebarkan.

“Fara tidak berlakon dalam drama ini, dia hanya datang melawat Janna di set penggambaran.
“Kalau saya tahu dia nak rakam, pasti saya dah halang,” katanya .

Selain Fattah dan Janna, Coffee Prince turut menampilkan barisan pelakon seperti Diana Danielle, Fahrin Ahmad, Sharifah Sakinah dan Sharifah Shahira.

Michael turut meluahkan rasa kesal kerana adegan tersebut telah di salah anggap oleh masyarakat yang menyangka dua pelakon utama tersebut sedang melakonkan babak bercium.

Jelasnya, Fattah dan Janna nampak seperti melakukan aksi itu kerana kedudukan kamera pada telefon bimbit yang merakam.

“Sebenarnya tak ada babak bercium pun, malah mereka tidak bersentuhan langsung.

“Kedudukan wajah Fattah di kanan dan Janna di kiri seolah menampakkan mereka sedang bercium.
“Saya masih waras dan tidak mungkin mewujudkan aksi yang boleh mengundang kontroversi dalam drama arahan saya,” katanya.

Dalam pada itu, Michael akan lebih berhati-hati dan mengingatkan para pelakon agar tidak memuat naik rakaman sepanjang penggambaran di laman sosial.

Secara tidak langsung memastikan babak-babak penting tidak ditonton oleh masyarakat sebelum ia ditayangkan di televisyen.

“Selepas ini, tak kira pelakon atau kru, saya tak benarkan mereka merakam adegan sepanjang penggambaran.

“Tak mahu lagi orang salah faham dan hilang kejutan kerana penonton sudah tahu aksi dalam drama tersebut,” ujarnya.

Coffee Prince arahan Michael Ang dijangka ditayangkan di Astro Ria pada November depan.
Versi asal Coffee Prince dilakonkan oleh Gong Yoo, Yoon Eun-hye, Lee Sun-kyun dan Chae Jung-an.

The post “Saya Tak Tahu Adegan Cium Fattah, Janna Dirakam” appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wJtUli

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.