Hi! Welcome Back and Stay Tune! 11 'kawasan panas' masalah sosial bawah umur di KL - Ku Nan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

11 'kawasan panas' masalah sosial bawah umur di KL - Ku Nan

PUTRAJAYA: Kementerian Wilayah Persekutuan mengenalpasti 11 kawasan sekitar Kuala Lumpur yang mempunyai masalah sosial melibatkan remaja bawah umur.

Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, ia termasuk masalah seperti seks bawah umur, dadah dan pelbagai lagi.

Antara kawasan yang tersenarai bermasalah sosial ialah di Kampung Keramat, Segambut Dalam, Cheras Baru, Jinjang, Salak Selatan, Kampung Sentosa dan Lembah Pantai.

"Ada budak 12 tahun adakan hubungan seks dengan budak 9 tahun. Tak pergi sekolah. Apa nak buat? Ini masalah sosial yang kita hadapi.

"Kita ada dapat tangkap yang jual pil kuda, macam-macam aktiviti," katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Grazrootz Skaters di Anjung Floria di sini hari ini.

Tambahnya, persekitaran dan kualiti kediaman menjadi antara punca masalah sosial itu semakin meruncing.

"Rumah yang mereka duduk dibangunkan dahulu pada 380 ke 500 kaki persegi. Kadang-kadang ada yang mempunyai 10 orang anak. Anak-anak tak nak duduk rumah, berkeliaran dan macam-macam berlaku.

"Yang paling teruk berlaku di Segambut Dalam. Pemantauan oleh Banteras Aktiviti Haram (BAH) mendapati, ada rumah yang dijadikan kedai, disewa kepada bangsa asing seperti Myanmar, Bangladesh dan Thailand," katanya merujuk kepada BAH, salah satu program anjuran kementerian berkenaan.

Justeru, pihaknya merancang untuk mengadakan program pembaharuan bandar (urban renewal) yang akan menjadikan kawasan-kawasan tersebut lebih kondusif, sekaligus meningkatkan kualiti hidup penduduknya.

Malah, beliau juga akan mempengerusikan satu mesyuarat bersama Pihak Berkuasa Tempatan di dalam Wilayah Persekutuan bagi meneliti isu tersebut serta mencari penyelesaian terbaik.



Sumber 11 'kawasan panas' masalah sosial bawah umur di KL - Ku Nan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xAAoSD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.