Hi! Welcome Back and Stay Tune! Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri

PELAKON Zahiril Adzim mendedahkan dia berasa kekok apabila perlu bersikap romantis terhadap isterinya, Shera Aiyob ketika mereka menjayakan sebuah drama bersiri, Perempuan Paling Bahagia.
Zahiril, 33, mengakui dia bukan seorang lelaki romantik dan melakonkan babak-babak itu dengan Shera membuatkan dia berasa kurang selesa.

“Jujurnya ia pengalaman sukar apabila perlu berlakon dengan Shera kerana status kami sebagai suami-isteri. Apabila pandang wajahnya pun saya rasa hendak ketawa apatah lagi bila ada babak romantik.

“Sebelum dah selepas berkahwin pun bukanlah kami romantik sangat jadi rasa macam ‘poyo’ pula,” katanya.

Dalam pada itu, Zahiril berkata, dia menerima tawaran berlakon bersama Shera kerana mereka kali terakhir bekerjasama menerusi drama Juvana beberapa tahun lalu.

Kata Zahiril, meskipun berasa kekok namun gandingan itu sebenarnya memberi banyak kelebihan terutamanya isu bersentuhan di antara lelaki dan wanita memandangkan mereka mempunyai ikatan suami-isteri.

“Di sebalik rasa kekok tetapi lama kelamaan ia jadi mudah terutamanya apabila melibatkan adegan memerlukan kami bersentuhan.

“Kebetulan pihak Astro Oasis memang mencari pasangan pelakon suami-isteri jadi ia memudahkan.
“Kadang-kadang kami berbincang mengenai watak sampai ke rumah tetap nasib baik tidak terbawa-bawa,” ujarnya.

Drama 26 episod itu sedang ditayangkan di Astro Oasis setiap hari Isnin hingga Rabu, 9 malam.
Bercakap lanjut mengenai drama itu, Zahiril berkata, ia sebuah kisah yang menarik kerana mengangkat isu tentang ibu susuan.

Katanya, menerusi projek itu ia bukan sahaja menghiburkan malah dapat memberi informasi kepada penonton.

“Saya juga sebenarnya dapat pelbagai ilmu tentang ibu susuan menerusi drama ini,” katanya.

The post Zahiril Adzim Kekok Dengan Isteri appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2horbqB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.