Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pemandu maut, badan terputus dua dalam kemalangan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pemandu maut, badan terputus dua dalam kemalangan

Seorang pemuda maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di kilometer 20 Lebuhraya Seremban Port Dickson (SPDH) arah Seremban ke Port Dickson sekitar jam 4.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superitendan Zainudin Ahmad berkata, mangsa yang maut, N Anathan, 27, maut di tempat kejadian selepas badannya putus dua daripada paras pinggang ke bawah dan putus kaki sebelah kiri.

Menurutnya, kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta jenis Mitsubishi Lancer yang dipandu si mati berada di lorong kanan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan dan berpusing kemudian melanggar pembahagi tengah lebuh raya.

“Kemalangan itu menyebabkan si mati yang memandu bersendirian tercampak keluar daripada keretanya.

“Lokasi kemalangan merupakan jalan lurus, dua lorong arah yang sama.

“Kerosakan kereta tersebut adalah remuk bahagian hadapan, sebelah tepi kanan dan belakang,” katanya.

Zainudin berkata, mayat si mati di bawa ke Hospital Port Dickson untuk bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah  Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya

The post Pemandu maut, badan terputus dua dalam kemalangan appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wO0vBB

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.