Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

ALOR SETAR, 23 Sept — Makan lewat malam dan kurang bersenam menjadi satu daripada punca utama ramai rakyat Kedah menghidap penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan obesiti, kata Pengerusi Jawatankuasa Alam Sekitar, Hal Ehwal Masyarakat Cina, India dan Siam, Kesihatan dan Perpaduan negeri Datuk Leong Yong Kong.

 

 

Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

 

 

Beliau berkata ia dapat dilihat melalui kajian Kementerian Kesihatan melalui Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2015 dengan Kedah merupakan negeri paling ramai penghidap diabetes di Malaysia.

Katanya sebanyak 25.4 peratus penduduk berusia lebih 18 tahun di negeri ini didapati menghidap diabetes berbanding purata kes kebangsaan iaitu 17.5 peratus dan jumlah individu yang tidak mengetahui status diabetes juga meningkat dari semasa ke semasa.

“Apa yang membimbangkan ialah selain diabetes, Kedah juga mencatat jumlah pesakit darah tinggi paling ramai, kedua tertinggi bagi hiperkolesterol, kedua tertinggi bagi merokok dan kelima tertinggi bagi obesiti.

“Bukan mudah untuk beri kesedaran berikutan cara hidup yang tidak sihat menjadi budaya dalam masyarakat kita iaitu makan lewat malam dan kurang melakukan aktiviti senaman,” katanya kepada pemberita selepas program “Kedah Run From Diabetes” di sini, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah merasmikan dan melepaskan 2,000 peserta program yang berlari sejauh 7 kilometer di sekitar bandar Alor Setar.

Leong berkata sikap menjaga kesihatan atau ‘health seeking behaviour’ perlu dipromosikan dan dipupuk dalam masyarakat supaya orang ramai lebih sedar dan faham akan kepentingan mengetahui status kesihatan masing-masing.

“Banyak promosi dan pendidikan kesihatan dijalankan kepada komuniti untuk meningkatkan kesedaran tentang bahayanya penyakit kronik ini selain sebagai satu langkah pencegahan daripada menghidap penyakit-penyakit kronik.

“Program seumpama larian pada hari ini diharap dapat memupuk dan menggalakkan orang ramai untuk mengamalkan cara hidup yang lebih aktif,” katanya.

Program hari ini juga melibatkan aktiviti seperti saringan kesihatan percuma, pameran kesihatan, derma darah, demonstrasi masakan menu sihat dan cabutan bertuah.

Sumber: Malay Mail

 


Sumber Makan lewat malam, kurang bersenam punca sakit kronik

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yxzGne

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.