Hi! Welcome Back and Stay Tune! Mimi kini di belakang tabir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Mimi kini di belakang tabir

Selama 10 tahun Mimi Wahedah Yusop bergelumang dalam dunia peragawati sehingga mendapat gelaran ‘top model’ tapi dia sanggup berkorban meninggalkan dunia glamor demi kebahagiaan keluarganya.

Meskipun pentas peragaan sekian lama ditinggalkannya, aura seorang bintang tidak pernah pudar. Pada usia menjangkau 49 tahun, Mimi masih kekal langsing dan bergaya.

Walaupun kini berhijab, dia kekal menawan dengan tudung fesyen turban pelbagai lilitan dan corak yang menyerlahkan penampilannya.

Bertemu dengannya pada satu acara baru-baru ini, dia seronok bercerita mengenai kehidupannya sekarang. Hasil perkahwinan dengan Datuk Fauzi Tunku Abdul Malik, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Tunku Affie Rania, 18.

Kata Mimi, dia berusaha untuk memberi adik kepada Rania namun tiada rezeki.

“Beberapa tahun selepas melahirkan Rania, saya pernah hamil tetapi keguguran mungkin ia ada kaitan dengan masalah fibroid yang dihadapi.

“Sudah beberapa kali saya menjalani rawatan membuangnya tetapi ketumbuhan itu masih ada. Saya anggap tiada rezeki untuk menambah zuriat,” katanya.

Imbas semula laluan hidupnya selepas berumah tangga, Mimi yang aktif memang tidak betah tinggal di rumah tanpa melakukan apa-apa. Walaupun dunia modeling tidak lagi menjadi keutamaan, dia tetap bekerja untuk mengisi hari-harinya.

“Selepas berkahwin saya bekerja sebagai pengurus butik Cartier dan pernah menguruskan butik Ratu, sambil itu saya turut berniaga dari rumah. Tawaran memperaga masih ada tetapi tidaklah seligat ketika bujang dulu. Adalah sesekali saya melangkah di pentas atas permintaan kawan.

“Suami tidak menghalang namun saya sendiri kena tahu sejauh mana boleh terbabit dalam kerjaya peragaan kerana tidak mahu terlalu mengganggu masa bersama keluarga.

“Saya beralih kepada kerja di belakang tabir dunia peragaan dan sekali-sekala ada agensi atau pereka fesyen yang mahu saya muncul sebagai ‘muse’ dalam pertunjukan fesyen mereka,” katanya.

Kini Mimi aktif dalam Peniagawati (Persatuan Wanita Bumiputera) dengan menyandang tugas sebagai Ketua Publisiti dan Naib Presiden 2 persatuan itu.

Baru-baru ini Peniagawati mengadakan program Malaysia Fashion & Business Mission to New York dan pastinya Mimi menjadi orang yang paling layak mengetuai program itu.

“Apa saja membabitkan fesyen, saya akan ‘ke depan’ dan dilantik sebagai pengerusi,” katanya.

Sedia ajar lilit turban

Sebagai bekas ‘top model’ tentu apa saja yang dipakainya menjadi ikutan terutama gaya turban yang dililit sendiri.

“Saya tak suka pakai turban sudah siap tetapi melilitnya sendiri kerana senang untuk menggabung jalin beberapa kain bercorak untuk menyerlahkan kelainan. Ramai yang mahu belajar melilit turban dan saya akan mengajar secara ‘one to one’,” katanya.

Mimi juga bercadang mengeluarkan kain turbannya sendiri bermotifkan batik dan songket.

“Jangan salah faham meskipun berturban, saya akan pastikan tidak mendedahkan leher,” katanya.

Mimi akui walaupun dunia peragaan tiada lagi dalam agenda hidup, itu tidak bermakna dia melupakannya terus.

“Bekerja di belakang tabir bidang peragaan masih mendekatkan saya dengan dunia glamor itu. Saya sudah merasa dan menikmati segalanya, tiba masanya menumpahkan pengalaman kepada model baru pula,” katanya.



Sumber Mimi kini di belakang tabir

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywuOyZ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.