Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fathia Latiff mohon ruang perbetul kesilapan, tak pernah salahkan Natasha dan tetap akan terus bertudung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fathia Latiff mohon ruang perbetul kesilapan, tak pernah salahkan Natasha dan tetap akan terus bertudung

KUALA LUMPUR: Artis sensasi, Nur Fathia Abdul Latiff mengakui gara-gara tersilap melakukan percaturan, namanya kembali terpalit dalam isu cukup memalukan.

 

 

Fathia Latiff mohon ruang perbetul kesilapan, tak pernah salahkan Natasha dan tetap akan terus bertudung

Fathia Latiff mohon ruang perbetul kesilapan, tak pernah salahkan Natasha dan tetap akan terus bertudung

 

Akur dia juga manusia biasa yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, Fathia, 30, bagaimanapun sentiasa berusaha memperbaiki kelemahan diri.

Cuma dalam perjalanan itu, pasti ada onak dan duri yang terpaksa ditempuh olehnya.

Kata bakat dari Ayer Hitam, Pulau Pinang ini, selama ini dia hanya mahu menjadi diri sendiri dan menikmati hidup bebas tanpa kongkongan.

Dia mahu mencorakkan kehidupan mengikut acuan yang dimahukan olehnya dan bukan tunduk mengikut telunjuk masyarakat.

“Saya lupa sebagai selebriti, sebahagian daripada diri ini menjadi milik masyarakat. Dalam bergembira, saya terlupa batasan hingga terjerat dalam kontroversi. Saya akur dengan kesilapan diri kerana saya bukan insan yang sempurna.

“Untuk apa saya terus membohongi diri dan menipu masyarakat, sedangkan segala-galanya sudah tidak mampu disembunyikan lagi. Lebih baik saya berlaku jujur dan mengakui kesilapan, meskipun perit untuk saya memikul kesannya,” kata Fathia dalam esak tangis.

Biar berulang kali memohon maaf sejak isu video menerusi aplikasi Bigo Live dibuat pelakon, Natasha Elyzza yang memaparkan dirinya sedang menari hingga mendedahkan sebahagian payu daranya tular, baru-baru ini, Fathia akur, ia tidak memadai untuk membersihkan maruah dan nama baiknya yang tercalar.

Pernah cuba menafikan dan berdolak-dalik ketika masyarakat menagih kepastian, pelakon kacukan Melayu, Indonesia serta Arab itu tidak mampu menahan diri daripada berlaku jujur.

“Saya tidak kisah jika berterusan dipersalahkan dan dikecam, tapi apabila keluarga turut sama menanggung malu, saya rasa bersalah. Berulang kali saya memohon maaf daripada mereka, terutama ibu. Saya tahu ibu begitu kecewa, tetapi semuanya sudah berlaku.

“Mahu atau tidak, saya terpaksa menanggung kesannya. Alhamdulillah, ketika saya dalam kekalutan dan jiwa sedang kacau, keluarga tidak membelakangkan saya. Mereka setia berdiri di belakang, memberikan kata semangat ketika saya tersasar dan melakukan kesilapan besar,” katanya.

Pelakon yang mencipta populariti menerusi drama Ariana Rose itu akur, perbuatannya sukar diterima ramai, apatah lagi dia membawa imej sebagai wanita bertudung.

Berulang kali juga dia menegaskan, tidak pernah terlintas di sudut hatinya untuk menjatuhkan maruah wanita berhijab.

Fathia berkata, pada mulanya, dia menyangka ia hanya rakaman yang dibuat untuk simpanan peribadi.

Justeru, sebaik mendapat tahu video itu tersebar dan perlakuan tidak senonohnya menjadi tatapan ramai, Fathia tergamam dan kehilangan kata-kata.

“Saya terduduk apabila mendapat tahu video itu tersebar. Secara logik, tidak mungkin saya sanggup menggadaikan maruah dan memalukan diri dengan membiarkan aksi tidak senonoh menjadi tontonan ramai.

“Saya teramat malu dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Apa juga yang saya buat, tidak mampu memutarkan kembali masa. Saya menyesal dan hanya mampu memohon maaf atas keterlanjuran itu,” katanya.

Ketika berdepan episod memalukan itu, ketabahan Fathia sekali lagi diuji apabila namanya digugurkan daripada produksi drama La Luna ekoran masalah disiplin.

Bagi pelakon yang turut menyerlah menerusi drama Pelan Cinta Tak Jadi dan Dia Isteri Luar Biasa ini, dia menyerahkan masa depannya dalam dunia lakonan kepada ketentuan Allah.

“Saya percaya kepada rezeki, malah tidak akan berhenti berusaha dan bertawakal kerana semua itu sudah tertulis. Jika ditakdirkan perjalanan kerjaya seni saya terhenti di sini, saya reda dan pasrah,” katanya.

Mengimbau insiden mencalar reputasinya itu, Fathia berkata, video itu dibuat ketika dia bersama Natasha dan beberapa teman wanita lain menyewa sebuah villa di ibu kota untuk bersantai serta melepaskan lelah.

Katanya, sudah menjadi kebiasaan mereka untuk mencari ruang menghabiskan masa bersama selepas terikat dengan kesibukan jadual kerja.

Dia juga tahu, Natasha memang tidak boleh berenggang dengan telefon bimbit dan gemar merakamkan video untuk kenangan.

“Saya tidak menyalahkan Natasha apabila perkara ini terjadi. Ramai menganggap saya dianiaya dan dikhianati Natasha, malah beberapa teman rapat saya turut menyerangnya. Salah saya juga kerana tidak menjaga diri.

“Natasha sudah memohon maaf dan mengakui kesilapannya. Tiada guna saya memanjangkan perkara yang sudah berlaku. Saya hanya mampu menasihatkannya supaya berhati-hati dan tidak mengulangi kesilapan ini.

“Kami masih berkawan dan selepas apa yang berlaku, Natasha tetap mengambil berat dan bertanya perkembangan diri,” katanya.

Meskipun dikecam teruk, Fathia berkata, selagi Allah memegang hatinya, dia akan terus bertudung.

Akur dirinya belum sempurna, wanita ini tidak pernah jemu memperbaiki kelemahan dan kekurangan dalam mencari kehidupan diredai.

“Saya masih belum sempurna, tetapi selagi Tuhan memegang hati, saya tidak akan membuka tudung. Berilah saya ruang untuk memperbaiki kekurangan diri,” katanya.

Ketika ini, Fathia berkata, segala tekanan dilaluinya beransur pergi apabila semua pertanyaan yang membelenggu ramai sudah terjawab.

Fathia juga memohon masyarakat supaya tidak terus memberinya tekanan kerana dia juga berhak memperbetulkan diri.

“Saya hanya mahu berehat dan mencari semula kekuatan diri yang hilang. Saya tidak lagi tertekan, malah sudah boleh mengawal perasaan dan emosi. Saya mahu kembali mendekatkan diri kepada Allah dan mencari keredaan-Nya.

“Saya tahu ini adalah ujian berat, tetapi pasti ada hikmah di sebaliknya. Mungkin Tuhan mahu melihat sejauh mana saya yakin dengan kekuasaan-Nya apabila ditimpa musibah cukup hebat.

Saya cuma mengharapkan doa yang baik daripada semua supaya terus istiqamah dengan perubahan ini,” katanya.

Sumber: Bharian



Sumber Fathia Latiff mohon ruang perbetul kesilapan, tak pernah salahkan Natasha dan tetap akan terus bertudung

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ywUYBD

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.